Keriangan seorang guru untuk menyambut Deepavali bersama keluarga bertukar muram apabila tiga kereta miliknya disimbah cat kuning dipercayai angkara khianat oleh individu tidak bertanggungjawab, di Seksyen 6, Bandar Sungai Long, Kajang, pada Rabu.
N. Rajaletchumi, 43, guru di sebuah sekolah rendah di Kajang berkata kejadian itu hanya disedari pembantu rumahnya yang hendak mengemas kawasan luar rumah pada 7 pagi.
"Sebaik sahaja keluar, pembantu rumah saya mendapati tiga kereta Perodua Myvi, Viva dan Toyota Avanza keluarga saya telah disimbah cat kuning yang mengenai bahagian but dan cermin belakang kenderaan itu.
"Percikan cat kuning itu mengenai hampir separuh ketiga-tiga kereta keluarga saya dan kini kami sedang membersihkannya," katanya.
Rajaletchumi berkata, hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati perbuatan itu dilakukan dua lelaki tidak dikenali yang menunggang motosikal dan bertindak menyimbah cat pada 4.57 pagi.
"Hasil rakaman CCTV, saya melihat ada dua lelaki tidak dikenali menunggang motosikal, memakai jaket dan topeng muka menyimbah cat," katanya.
Katanya, perbuatan khianat seumpama itu pernah berlaku di kawasan perumahan mereka sejak 2012 dan sebelum ini terdapat kenderaan penduduk di kawasan itu pernah dibakar dan disimbah cat.
Rajaletchumi berkata beliau telah membuat laporan mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.
Bernama
Wed Oct 22 2014
Rajaletchumi berkata, hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati perbuatan itu dilakukan dua lelaki tidak dikenali. - Foto Bernama
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Cat kenderaan warna kuning 'taktik' pengusaha van sekolah tanpa permit - JPJ
Mengecat van berwana kuning antara taktik pengusaha van sekolah tanpa lesen dalam melakukan perkhidmatan penghantaran pelajar ke sekolah di Negeri Sembilan.
Sambutan Deepavali dicemari simbahan cat kuning
Keriangan seorang guru untuk menyambut Deepavali bersama keluarga bertukar muram apabila tiga kereta miliknya disimbah cat kuning dipercayai angkara khianat oleh individu tidak bertanggungjawab.