Skip to main content

Sukan

EPL: Sejak 2001, Coventry raih kemenangan pertama selepas 25 tahun

Peminat Coventry City gembira meraikan kejayaan Jay Dasilva menjaringkan gol pertama perlawanan ketika aksi EPL menentang Nottingham Forest di Nottingham, England, 19 Sept 2026. (Foto AP)
Peminat Coventry City gembira meraikan kejayaan Jay Dasilva menjaringkan gol pertama perlawanan ketika aksi EPL menentang Nottingham Forest di Nottingham, England, 19 Sept 2026. (Foto AP)
Advertisement

JAY Dasilva memastikan kemenangan pertama Coventry City dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas 25 tahun apabila kelab itu akhirnya menamatkan rentetan empat kekalahan sebelum ini.

The Sky Blues berjaya memperoleh tiga mata pertama menewaskan Nottingham Forest 1-0, sekali gus kemenangan pertama dalam sejarah apabila layak beraksi di EPL sejak kali terakhir pada 2001.

Skuad kendalian Frank Lampard meraikan kemenangan itu di tempat lawan dan berpeluang untuk keluar daripada zon penyingkiran sekiranya kekal konsisten pada perlawanan seterusnya.

Advertisement

"Ia terasa hebat, ia terasa luar biasa," kata Lampard.

Kemenangan terakhir Coventry dalam EPL adalah menentang Sunderland pada April 2001, sebelum tersingkir divisyen kedua.

Advertisement

 

 

Must Watch Video

Advertisement