PUTRAJAYA: Hari Kebangsaan yang akan disambut esok menjadi iltizam buat segenap lapisan rakyat untuk memperkukuhkan lagi perpaduan antara kaum di negara ini, sekali gus bertepatan dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Bertemakan 'Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan', Hari Kebangsaan Malaysia 2023 (HKM2023), signifikannya tahun ini bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-66 itu, Putrajaya yang merupakan pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan, kini ditadbir Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Memasuki edisi kelima anjurannya di sini, pelbagai persembahan, pertunjukkan udara dan perarakan akan disajikan bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik tanah air.
Acara negara yang penuh gilang-gemilang esok juga akan menterjemahkan konsep Malaysia MADANI yang digagaskan Anwar menerusi pelbagai bentuk dan kreativiti, termasuk persembahan tarian dan nyanyian, aksi akrobatik oleh pasukan keselamatan sehinggalah perarakan kontinjen.
Persembahan Khas Malaysia MADANI selama 30 minit akan menjadi pembuka tirai sambutan tahun ini yang menyasarkan kehadiran 100,000 pengunjung, diadakan selepas acara rasmi iaitu menaikkan bendera Jalur Gemilang dan bacaan ikrar Rukun Negara.
Irama pukulan gendang daripada 400 pemain gendang pelbagai kaum berserta dengan empat gendang berpusing dikenali 'Achun Spinning Drum', yang akan digunakan buat julung kalinya pada sambutan kali ini, dijangka akan mengegarkan Dataran Putrajaya.
Seramai 400 orang, gabungan pemain gendang serta kompang akan bergabung dengan kira-kira 762 penari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan 600 pelajar sekolah bagi memeriahkan lagi sambutan.
Dua persembahan 'wow' yang sudah pasti akan memukau pengunjung pada persembahan khas itu merupakan acara payung terjun yang dipersembahkan oleh enam anggota Komando VAT69 Polis Diraja Malaysia dan lompatan bermotosikal merentasi 66 motosikal model Royal Enfield oleh pasukan Akrobatik Motosikal Tentera Darat iaitu Army Red Warrior.
Berbeza daripada sambutan-sambutan sebelum ini, tahun ini Kontinjen Perpaduan yang terdiri daripada 400 kakitangan pelbagai etnik di bawah Kementerian Perpaduan Negara serta pelajar universiti mengambil bahagian dalam perbarisan dan perarakan.
Perarakan kontinjen awam terbesar sebagai simbolik penekanan terhadap penyatuan rakyat Malaysia selaras dengan tema sambutan itu akan memperagakan pakaian pelbagai kaum di negara ini antaranya Melayu, Cina, India, Siam dan Orang Asli selain pakaian etnik Sabah dan Sarawak seperti Kadazan, Dusun, Bajau, Sungai, Iban, Bidayuh dan Melanau.
Penyertaaan berkenaan adalah di bawah Kontinjen Perpaduan Malaysia MADANI iaitu satu daripada 10 kontinjen yang ada selain Kontinjen Kenegaraan, Kontinjen Ekonomi, Kontinjen Perbankan, Kontinjen Telekomunikasi, Kontinjen Industri Kreatif dan Penyiaran, Kontinjen Komuniti, Kontinjen Sukan Negara, Kontinjen Kesejahteraan dan Kontinjen Keselamatan Negara.
Sambutan tahun ini juga tidak melupakan kanak-kanak yang akan hadir apabila watak animasi seperti Ejen Ali, Mechamato, Boboiboy Omar Hana, Keluang Man dan Tiong Man juga akan trurut serta dalam perarakan bawah Kontinjen Industri Kreatif dan Penyiaran.
Tidak ketinggalan enam ekor anjing pengesan daripada unit anjing pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang menabur bakti mencari mangsa bencana khususnya tanah runtuh di Batang Kali, Selangor, tahun lepas, turut akan membuat penampilan khas.
Sementara itu, lebih 100 aset ketenteraan milik ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Angkatan Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga dipertontonkan termasuk treler membawa misil dan meriam, kereta perisai Gempita dan Adnan.
Persembahan formasi udara daripada pesawat dan jet milik TUDM turut akan menggamatkan ruang udara Putrajaya dengan deruan enjin jet pejuang Sukhoi SU-30 dan jet Hornet F/A 18D.
Penyertaan lebih 19,000 peserta acara perbarisan dan perarakan sempena HKM2023 itu akan diakhiri dengan persembahan kumpulan Bunkface yang akan membawa khas lagu Malaysia MADANI secara langsung bersama 1,800 penari, seterusnya disusuli dengan lagu Jalur Gemilang sebagai penutup acara tahunan negara itu.
Orang ramai yang akan hadir esok, digalakkan memakai pakaian batik bagi menunjukkan sokongan padu kepada industri batik tempatan selain menggunakan pengangkutan awam bagi kelancaran perjalanan ke acara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 30 2023
Para peserta mengibarkan Jalur Gemilang semasa raptai penuh Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, 29 Ogos 2023. --fotoBERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN sah miliki Sarjana Eksekutif UMPSA
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, disahkan memiliki Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN tunjuk bukti kelayakan akademik
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut menunjukkan bukti berkaitan kelayakan akademiknya bagi menjawab isu berkenaan.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Nahas helikopter Lumut: Presiden Turkiye ucap takziah kepada keluarga anggota, Malaysia - Anwar
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga 10 wira negara yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM di Lumut, Perak.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Tiada kasino akan beroperasi di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata khabar angin yang tular itu berunsur sabotaj dan berniat jahat untuk mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.