KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) pada 29 Mei setiap tahun merupakan pengiktirafan kerajaan dan masyarakat kepada sumbangan profesion kewartawanan kepada negara.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Roslan Ariffin berkata sambutan tersebut sekali gus akan menyuntik semangat golongan wartawan yang mempunyai peranan besar, terutama dalam membantu pembangunan negara dan memelihara keharmonian masyarakat.
"Dalam 365 hari setahun ada satu Hari Wartawan (HAWANA), ini adalah satu pengiktirafan kepada kita (wartawan)...Sambutan Hari Wartawan ini yang amat bermakna, pada setiap 29 Mei apabila kita bangun setiap tahun, kita akan ingat (hari) ini adalah Hari Wartawan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Koresponden Bernama terbitan Bernama TV bertajuk 'HAWANA: Suntikan Semangat buat Golongan Wartawan' sempena HAWANA 2022.
Roslan turut mencadangkan agar diadakan persidangan para wartawan pada sambutan HAWANA akan datang, bertujuan melatih kumpulan itu menjadi lebih baik dan berdaya saing dalam pelaksanaan tugasan.
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Ikatan Setia Kawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI) menjadi penggerak utama penganjuran HAWANA 2022, disokong Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), selain turut melibatkan organisasi, persatuan dan pengamal media lain.
Sambutan HAWANA 2022 yang bakal berlangsung Ahad ini di Melaka, juga merupakan platform kepada kepada pengamal media untuk berkongsi pendapat dan meningkatkan pembangunan dan pertumbuhan industri media di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 27 2022
Sambutan HAWANA 2022 yang bakal berlangsung Ahad ini di Melaka, juga merupakan platform kepada kepada pengamal media untuk berkongsi pendapat dan meningkatkan pembangunan dan pertumbuhan industri media di Malaysia. - Gambar fail
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Wartawan bantu jayakan sistem penyampaian perkhidmatan, tangkis berita palsu
Wartawan diseru sama-sama membantu menangkis penyebaran berita palsu.
HAWANA 2024 iktiraf peranan pemain industri media - Teo
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang berakhir semalam menjadi platform untuk meraikan sumbangan para pemain industri media.
HAWANA diharap perjuang caruman KWSP, PERKESO wartawan sambilan
Walaupun berstatus wartawan sambilan, mereka juga ialah kelompok penting dalam dunia kewartawanan hari ini.
Tabung Kasih@HAWANA terus santuni pengamal media
Tabung Kasih@HAWANA bertujuan menyantuni pengamal media, bekas petugas media dan wartawan veteran yang memerlukan bantuan.
Sarawak tuan rumah sambutan HAWANA 2024 - Fahmi
Fahmi berkata sambutan itu akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kasih@HAWANA 2023 santuni bekas editor media tempatan Sarawak
Kebajikan pengamal media di negeri ini terus diberi perhatian apabila bekas editor sukan New Sarawak Tribune Juary Mesa, 69, menerima sumbangan menerusi inisiatif Tabung Kasih@HAWANA, hari ini.
Analisis: Forum HAWANA tidak buahkan penyelesaian kukuh pecahkan monopoli media sosial
HAWANA 2023 gagal menghasilkan satu rangka kerja untuk meraih pendapatan daripada kandungan yang ditawarkan oleh organisasi media.
HAWANA 2023: Surat khabar masih punyai peranan penting - PM Anwar
Surat khabar tetap mempunyai peranan penting dalam menyalurkan maklumat dan berpotensi untuk bertahan jika mengekalkan mutu dan integritinya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia perlukan media yang bebas, berani untuk bersuara - Fahmi
Media bertujuan memastikan bahawa suara semua pihak dapat didengar dengan jelas dan diberi perhatian.
150 pakar, pemain industri berkumpul pada forum HAWANA bincang masa depan media
Bertemakan "Media Bebas, Tunjang Demokrasi", HAWANA 2023 akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.