awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sampel buangan berbahaya di Paka telah dihantar untuk analisis kimia - JAS

Bernama
Bernama
09/12/2021
13:51 MYT
Sampel buangan berbahaya di Paka telah dihantar untuk analisis kimia - JAS
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu telah menjalankan siasatan mengenai pelupusan buangan terjadual secara haram yang dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian Paka dekat Dungun, semalam.
KUALA TERENGGANU: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu telah menjalankan siasatan mengenai pelupusan buangan terjadual secara haram yang dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian Paka dekat Dungun, semalam.
Ketua Pengarah Alam Sekitar JAS Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata hasil siasatan mendapati terdapat longgokan tin-tin kosong produk cat jenis 'Polyurethane' bersaiz 21 kilogram iaitu bahan yang digunakan untuk membaiki kebocoran resapan air pada bumbung.
"Sampel buangan berbahaya tersebut telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk analisis komposisi kimia.
"Kes ini disiasat di bawah seksyen 34B(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pesalah boleh dikenakan hukuman penjara mandatori maksimum lima tahun dan denda sehingga RM500,000 selaras dengan peruntukan Seksyen 34B(4) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasmi JAS hari ini.
Menurut beliau JAS tidak berkompromi dengan penjenayah alam sekitar dan pesalah akan dikenakan tindakan tegas.
"JAS sangat mengalu-alukan maklumat daripada orang awam bagi membolehkan tindakan pantas diambil dalam membanteras insiden pencemaran alam sekitar dan salah laku dalam pengurusan buangan berbahaya.
"Orang ramai boleh melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau email ke [email protected] dan melalui portal eaduan.doe.gov.my," katanya.
Semalam, media melaporkan berpuluh tong sisa industri berjadual ditemukan berlonggok di atas jalan raya di kawasan perindustrian Paka yang dipercayai dibuang secara haram oleh individu tidak bertanggungjawab sejak beberapa hari lalu hingga menutup sebahagian laluan di kawasan perindustrian tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sampel bahaya
#sampel buangan
#Paka
#Jabatan Alam Sekitar
#JAS
#Wan Abdul Latiff Wan Jaffar
#analisis kimia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan