awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Samun hotel, dua sekawan dihukum penjara dan sebat

Muhammad Aiman Hakeem
Muhammad Aiman Hakeem
03/08/2023
04:54 MYT
Samun hotel, dua sekawan dihukum penjara dan sebat
Muhammad Arif Mohamed Kasim dan S. Kajenthiran dibawa ke Mahkamah Sesyen Kluang pagi ini bagi menghadapi pertuduhan. - Foto Astro AWANI
KLUANG: Tindakan dua sekawan menyamun sebuah hotel membawa padah apabila masing-masing dijatuhi hukuman penjara dengan tempoh berbeza, oleh Mahkamah Sesyen Kluang, di sini, pada Khamis.
Keputusan itu dibuat selepas tertuduh, Muhammad Arif Mohamed Kasim, 26, dan S. Kajenthiran, 37, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mujib Saroji.
Kedua-duanya didakwa secara bersama melakukan rompak berkumpulan ke atas seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun dengan menggunakan sebilah parang dan sebatang spanar serta turut mengambil sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM200 daripada mangsa.
Perbuatan itu didakwa dilakukan pada jam 7.40 pagi, di sebuah hotel di Taman Seri Indah, Simpang Renggam, 24 Julai lalu.
Pertuduhan kes mengikut seksyen 395 kanun keseksaan dan dibaca bersama seksyen 397 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.
Hakim kemudiannya memutuskan hukuman penjara 5 tahun dengan dua sebatan terhadap Muhammad Arif, manakala Kajenthiran dikenakan hukuman penjara 8 tahun dan tiga sebatan.
Dalam prosiding sama, Muhammad Arif turut dijatuhkan hukuman penjara lima tahun, dan satu sebatan selepas dia mengaku bersalah terhadap satu lagi pertuduhan rompakan berkumpulan ke atas seorang wanita berusia 30 tahun, di sebuah hotel di Jalan Sultanah, di sini.
Dia didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas telah merompak wang tunai anggaran RM350 dan membawa lari sebuah telefon bimbit daripada mangsa, sekitar jam 12.55 tengah malam, 5 Julai lalu. Mahkamah menetapkan hukuman bagi kes tersebut dijalankan serentak, dengan hukuman bagi pertuduhan pertama. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ramizah Razli, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwaklili peguam.
Topic Berkaitan
#Dua sekawan
#rompak bank
#Kluang
#dihukum penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan