awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong beramah mesra bersama pelancong di pintu masuk Istana Negara
OpenAI tamatkan GPT‑4o pada 13 Februari, majoriti pengguna beralih ke GPT‑5.2
Presiden Pas nafikan mahu ketepikan Muhyiddin dalam PN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sandakan dilanda banjir, jumlah mangsa di negeri lain berkurangan

Bernama
Bernama
13/12/2025
01:43 MYT
Sandakan dilanda banjir, jumlah mangsa di negeri lain berkurangan
Di Sarawak, setakat 8 pagi ini, jumlah mangsa berkurangan kepada 132 orang daripada 61 keluarga berbanding 141 orang daripada 65 keluarga petang semalam. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Daerah Sandakan di Sabah mula dilanda banjir malam tadi, manakala jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak terus berkurangan dan Perak hanya melibatkan satu keluarga setakat pagi ini.
Di SABAH, sebanyak 59 orang daripada 24 keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pertanian malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan jumlah mangsa yang dipindahkan tidak berubah pada pagi ini.
Di SARAWAK, JPBN melaporkan setakat 8 pagi ini, jumlah mangsa berkurangan kepada 132 orang daripada 61 keluarga berbanding 141 orang daripada 65 keluarga petang semalam.
Mereka masih berlindung di tiga PPS di Miri susulan banjir serta tanah runtuh melibatkan lima mangsa daripada satu keluarga di PPS SK Angus, PPS SK Suai Niah (119 mangsa daripada 57 keluarga) dan PPS Dewan Bulan Sabit Merah (empat mangsa daripada dua keluarga).
Di PERAK, hanya terdapat satu PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak yang masih menempatkan mangsa banjir di Hilir Perak membabitkan empat mangsa daripada satu keluarga setakat pagi ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#tanah runtuh
#mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan