SIPITANG: Berulang-alik sejauh kira-kira 40 kilometer hampir setiap hari ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).
Itu antara pengorbanan segelintir ibu bapa di daerah Sipitang, Sabah yang menghantar anak orang kurang upaya (OKU) bagi memastikan golongan istimewa itu tidak ketinggalan dalam mendapatkan pendidikan.
Ibu kepada pelajar OKU yang mengalami masalah percakapan, Aslini Mudamin, 42, menyatakan sudah menjadi rutin harian menghantar anak bongsunya, Mohamad Daniel Hakim Abdullah, 9, ke PDK berkenaan yang terletak 20 kilometer dari rumah mereka di Kampung Ulu Kuala Mengalum, Sindumin menggunakan motosikal.
"Kami hantar anak sekolah di SK Sindumin sebab sana kan pelajar OKU bercampur dengan pelajar biasa supaya mereka boleh berfikir.
"Sebab kalau SK Pekan terlampau jauh saya hantar, sebab dua lagi adiknya nak kena hantar ke sekolah juga," katanya ketika ditemui di PDK Daerah Sipitang, baru-baru ini.
Sementara itu, bapa kepada pelajar mengalami masalah pembelajaran atau 'slow learner', Yusrizam Mohd Yusof, 42, berkata, dia tidak melihat semua perkara yang dilakukan buat anak perempuannya, Nurul Syazwani, 14, sebagai suatu bebanan malahan menganggap ia suatu amanah yang jarang dilalui kebanyakkan ibu bapa.
"Yang penting untuk masa depan dia yang saya mahukan dia boleh menguruskan dirinya, dia tahu apa yang dia mahu buat, itu sahaja,
"Kalau mandi dia faham apa semua, setakat ini kalau kita cakap memang dia faham, kita panggil dia akan faham. Kita akan tahu reaksinya kalau apa yang dia tidak tahu, kita akan tahu reaksinya," katanya.
PDK adalah program yang diwujudkan Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) bertujuan bagi membantu pemulihan, pendidikan, latihan, penyamaan peluang dan integrasi sosial OKU.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Tue Apr 26 2022

Golongan OKU menerima sumbangan Aidilfitri di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). - Astro AWANI

Siasatan ditutup, tiada elemen jenayah sebabkan kematian Anne Heche
Nahas itu sebelum ini disiasat sebagai kemungkinan jenayah.

Aizat sah jadi suami Elyssa, rancang bulan madu di Mexico
Pengantin lelaki menghantar tiga dulang hantaran, manakala pihak perempuan membalas dengan lima dulang.

AWANI Ringkas: ADUN PSB keluar parti, pembangkang tingal lima kerusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRU15 | Kerjasama gabungan politik pembangkang
Pakatan Harapan (PH) masih belum membincangkan sebarang kerjasama dengan mana-mana parti pembangkang lain bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang. Pengarah Komunikasi Gabungan itu, Fahmi Fadzil berkata, perbincangan berkenaan masih terlalu awal memandangkan PH masih belum membuat sebarang keputusan mengenai rundingan kerusi. Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli sebelum ini menegaskan bahawa khemah besar bukan strategi utama untuk pilihan raya, sebaliknya PH perlu memperkukuh kembali kepada mencari jalan penyelesaian dan buat penawaran kepada rakyat. Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM, Mujibu Abdul Muis membincangkan mengenai kerjasama dalam kalangan gabungan parti dan juga konsep khemah besar ini dalam situasi politik semasa.

Air hujan kini tidak lagi selamat diminum
Pencemaran PFAS memberi kesan negatif kepada sistem pertahanan badan, tetapi kesan keseluruhan terhadap kesihatan manusia dan ekologi masih tidak diketahui.

Selain PBM, ada parti lain mahu sertai BN, akan diputus malam esok - Mohamad
Mohamad bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat mengenai parti lain yang turut berhasrat menyertai BN.

Hampir 600 penguin mati di pantai Brazil
Puting beliung yang bergerak menghala ke selatan dan tenggara Brazil itu turut menghanyutkan beberapa spesies haiwan marin lain.

Jangan biar parti lawan guna isu LCS serang BN - Mohamad
"Ini tiada kena mengena dengan parti tapi pentadbiran syarikat. Jika ada terdapat penyalahgunaan, biarlah pihak berkuasa ambil tindakan."

Arab Saudi benarkan pemegang visa pelancong tunai umrah
Keputusan itu berkuat kuasa untuk musim umrah bermula 30 Julai bertujuan memberi jemaah pengalaman ibadah dan menikmati kebudayaan setempat.

Kapal LCS: Wanita BN kena faham isu, pembangkang mahu jadikan seperti 1MDB - Najib
Jelas Najib, ketika BN kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, pembinaan kapal tersebut berada pada tahap 53 peratus.

Sanggup ulang-alik 40km setiap hari bawa anak OKU ke PDK
Itu antara pengorbanan segelintir ibu bapa di daerah Sipitang, Sabah yang menghantar anak dalam mendapatkan pendidikan.