KUALA LUMPUR: Penularan pandemik COVID-19 dengan kes pertama mula dikesan di negara ini pada awal tahun lepas, telah banyak mengubah gaya hidup orang ramai baik dari segi ekonomi, sosial mahupun penjagaan kesihatan.
Tidak hanya sekadar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal dan membasuh tangan, orang ramai dilihat proaktif dalam soal penjagaan kesihatan demi melindungi diri dan keluarga daripada serangan virus yang boleh membawa maut itu.
Bagi yang berkemampuan, ramai yang memilih untuk membeli mesin penapisan udara dan tidak kurang juga yang mengupah syarikat tertentu untuk menjalankan kerja-kerja disinfeksi di rumah demi memastikan tiada virus COVID-19 yang 'menumpang' dan menjangkiti ahli keluarga.
Namun, bagaimana pula bagi golongan yang tidak mampu, apakah mesin penapisan udara dan kerja-kerja disinfeksi itu satu kemestian terutama untuk mereka yang pernah menjadikan rumah sendiri sebagai pusat kuarantin.
Bagi Pakar Virologi daripada Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Yahya Mat Arip, proses disinfeksi atau membasmi kuman tidak sukar dan boleh dilakukan sendiri oleh orang ramai dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah.
"Tidak perlu untuk pening kepala memikirkan kos bagi melakukan proses sanitasi di rumah kerana kita sendiri boleh melakukannya hanya menggunakan cecair peluntur dan dicampurkan dengan air menggunakan sukatan yang ditetapkan.
"Bahan kimia hipoklorit yang ada pada cecair peluntur itu sudah cukup untuk membasmi kuman di kawasan-kawasan yang kerap disentuh dan digunakan hanya dengan mengelapnya seperti tombol pintu, suis lampu, dan tandas," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Bagaimanapun, menurutnya kerja-kerja disinfeksi itu perlu lebih berfokus dengan mengutamakan kawasan atau bilik yang digunakan untuk kuarantin pesakit COVID-19 selain pakaian mereka juga perlu dicuci berasingan daripada ahli keluarga lain untuk mengelak jangkitan.
Pakar Virologi daripada Universiti Malaya (UM) Prof Dr Sazaly Abu Bakar pula lebih menekankan kepentingan mempunyai pengaliran udara yang baik di dalam rumah kerana ia dapat mengurangkan jangkitan virus yang berjangkit secara berkelompok.
"Sekiranya tiada pengaliran udara yang baik, virus di dalam rembesan yang halus (aerosol) akan berada pada tahap yang lama dan mungkin boleh bertahan sehingga beberapa jam.
"Jika ada pengaliran udara, virus ini akan keluar dan dilarutkan dengan udara di luar.
"Udara ini akan berpusing dan membersihkan kawasan di dalam rumah menggantikan udara tidak sihat yang terperangkap," katanya.
Pada masa sama, Sazaly berkata selain cecair peluntur, kerja-kerja disinfeksi juga memadai hanya menggunakan air sabun dan kemudian dilapkan sahaja kerana virus ini diselaputi lipid yang akan larut di dalam air sabun.
Sementara itu bagi Syanty Octavia Amry, 37, mengakui agak paranoid dalam soal penjagaan kesihatan sejak penularan wabak itu ditambah lagi dengan tempat kerjanya sebuah syarikat penerbitan swasta, terletak berhampiran dengan syarikat pembinaan menyebabkannya lebih mudah terdedah kepada virus tersebut.
"Kerjaya saya sebagai wartawan memerlukan saya untuk bertemu dengan pelbagai individu dan kita pula tak tahu akan keadaan mereka.
"Jadi, setiap kali pulang ke rumah saya mempunyai risiko untuk membawa pulang virus bersama," katanya.
Berikutan itu, katanya keputusan untuk mensanitasi rumah dibuat memandangkan semua ahli keluarganya merupakan antara golongan yang berisiko tinggi serta menghidap kencing manis.
Bagi suri rumah Nor Haniza Ahmad, 31, memilih untuk mensanitasi rumahnya berikutan ia dijadikan sebagai pusat kuarantin kepada lima ahli keluarganya yang dijangkiti COVID-19 pada Februari lepas.
"Saya tidak kisah untuk mengeluarkan sedikit belanja asalkan kesihatan ahli keluarga terjamin dan saya memilih untuk mengupah syarikat swasta bagi menjalankan kerja itu kerana lebih yakin memandangkan mereka mempunyai kepakaran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 21 2021

Apakah mesin penapisan udara dan kerja-kerja disinfeksi satu kemestian terutama mereka yang pernah menjadikan rumah sebagai pusat kuarantin? -Gambar hiasan/Bernama

Insiden Siam Paragon: Suspek guna pistol yang telah diubah suai - Polis
Remaja lelaki yang menembak mati dua mangsa dan mencederakan lima yang lain di Siam Paragon Mall di Bangkok menggunakan pistol tiruan yang telah diubah suai.

Semua ADUN BN tidak akan 'lompat' - Wan Rosdy
Wan Rosdy yang juga Pengerusi BN Pahang berkata perkara itu dimaklumkan sendiri kesemua ADUN BN kepadanya semalam.

UNGA ke-78: Ucapan PM Anwar tak patut jadi bahan politik - Zambry
Kenyataan Negara yang disampaikan Perdana Menteri disifatkan baik tetapi malangnya dijadikan bahan kempen politik oleh segelintir pihak.

SABDA: MBI Selangor ke arah dapatkan sijil EU
SABDA seluas 1,317 hektar merupakan salah satu daripada tiga zon pembangunan ekonomi baharu yang dikenal pasti di bawah Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

APMM, AADK tahan 25 individu dalam operasi banteras dadah
Kesemua yang ditahan adalah lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 20-an hingga 50-an yang ditahan di atas bot serta jeti nelayan.

Harga padi: Pesawah masih terima RM1,700 per tan, subsidi RM500 satu tan - Mohamad Sabu
Pesawah masih mendapat RM1,700 satu tan bagi harga jualan padi mereka memandangkan kerajaan kekal memberikan subsidi RM500 bagi setiap tan padi.
AWANI 7:45 [04/10/2023] - Hantar surat atas arahan Perdana Menteri | Jerebu rentas sempadan | Jangka menurun 2.6 peratus tahun depan | Jualan bawah harga siling
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
1. Malaysia hantar surat kepada Indonesia, jerebu rentas sempadan
2. Jangan nafi jerebu dari Indonesia, ASMC ada data
3. Paras inflasi dijangka 3.2 peratus sehingga akhir tahun
4. Dalam tempoh dua hari, Kabinet buat keputusan subsidi telur dan ayam
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
1. Malaysia hantar surat kepada Indonesia, jerebu rentas sempadan
2. Jangan nafi jerebu dari Indonesia, ASMC ada data
3. Paras inflasi dijangka 3.2 peratus sehingga akhir tahun
4. Dalam tempoh dua hari, Kabinet buat keputusan subsidi telur dan ayam

MOSTI giat galakkan pertumbuhan hab teknologi di Malaysia Timur
MOSTI giat dalam usaha menggalakkan pertumbuhan hab teknologi di Malaysia Timur menerusi penyediaan latihan, sumber dan bimbingan untuk usahawan teknologi baharu.

Malaysia komited bekerjasama dalam kerangka ASEAN bagi usaha sifar bersih - Nik Nazmi
Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan negara Asean lain, serta peserta industri, pembiaya, dan usahawan teknologi, untuk masa depan yang holistik dan mampan bagi rantau ini.

Dua stesen di Sarawak rekod bacaan IPU tidak sihat setakat 4 petang - JAS
Hanya dua daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu di Sri Aman dan Serian, Sarawak setakat 4 petang ini.

Skim Perubatan MADANI masuk Fasa 2, B40 di Terengganu, Kedah terima manfaat
Inisiatif diperkenalkan kerajaan ketika pembentangan Belanjawan 2023 itu antara lain bagi mengatasi isu kesesakan pesakit di hospital awam.

JKM Kelantan peruntuk RM4.5 juta sebulan tampung belanja 9,034 warga emas
Senarai penerima dikemas kini setiap tahun, selain lawatan dan pemantauan dilaksanakan bagi memastikan kebajikan mereka terbela.

Mampukah penjagaan kendiri kurangkan beban penjagaan kesihatan awam?
Kementerian Kesihatan menjangka perbelanjaan kesihatan akan mencapai nilai AS$80 bilion (RM351.6 bilion) menjelang tahun 2040.

"Warga emas bukan bebanan, mampu jadi potensi ekonomi baharu" - Dr Mohamed Mustafa
Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, warga emas mampu memberi sumbangan kerana pengalaman yang diperoleh mereka.

'Wellness Hub' akan diwujudkan di setiap hospital - Menteri Kesihatan
Inisiatif itu akan jadi pemangkin untuk orang ramai lebih menitikberatkan perihal penjagaan kesihatan fizikal dan mental.

KKM, WHO terus hubungan bersama dua hala tingkat penjagaan kesihatan di Malaysia
Kerjasama ditingkatkan terutama dalam kesihatan digital, pembaharuan penjagaan kesihatan dan pembiayaan serta pengurusan penyakit berjangkit.

Ke arah negara menua, Malaysia perlukan lebih banyak fasiliti rehabilitasi
Rehabilitasi bertujuan memaksimumkan kesihatan fungsian menerusi penjagaan menyeluruh dalam persekitaran khusus.

LYC Healthcare kembangkan portfolio penjagaan kesihatan
Pengambilalihan Tao Global memberi jaminan keuntungan tahunan selama dua tahun sebanyak RM500,000.

Rakyat Bangladesh berdepan penyakit kronik di perut
Kira-kira 45 peratus kes ulser gastrik di Bangladesh disebabkan penggunaan ubat gastrik yang berlebihan.

Australia umum bantuan tambahan AS$25 juta kepada Sri Lanka
Bantuan itu akan digunakan untuk memenuhi keperluan makanan dan tujuan penjagaan kesihatan yang mendesak di negara Asia Selatan itu.