awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SAR dua lelaki Myanmar dikhuatiri lemas masuk 32 jam

Sinar Harian
Sinar Harian
19/12/2021
21:00 MYT
SAR dua lelaki Myanmar dikhuatiri lemas masuk 32 jam
SAR dua lelaki warga Myanmar masih diteruskan. Gambar kecil dari kiri: Bak Lian, Lian Cung. - Foto Sinar Harian
PORT DICKSON: Dua lelaki warga negara Myanmar yang dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai Teluk Kemang, di sini masih belum ditemui selepas 32 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.
Kedua-dua mangsa itu telah dikenal pasti sebagai Biak Lian, 38 tahun dan Van Lian Cung berusia 26 tahun merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang, Mohd Kamal Mohd Timar berkata, seramai 24 anggota Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang terlibat dalam SAR sejak Sabtu.
"Jumlah keseluruhan anggota penyelamat adalah seramai 57 orang daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Maritim dan Polis.
"Setakat ini kedua-dua mangsa masih belum ditemui dan dipercayai sudah di bawa arus deras serta ombak besar menyukarkan pencarian namun kami sedang berusaha sebaik mungkin," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Menurut beliau, mangsa hilang sudah lebih 32 jam sejak dilaporkan hilang pada jam 1.09 petang Sabtu.
"Pencarian akan bermula dengan menggunakan pelbagai aset yang ada ada Isnin namun ia bergantung kepada keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.
"Justeru, orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti riadah di pantai ketika ini kerana keadaan angin monsun timur laut yang agak bergelora," katanya.
Media melaporkan dua lelaki dipercayai warga negara Myanmar dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai Telok Kemang berhadapan sebuah hotel disini dalam kejadian tengah hari pada Sabtu.
Kerja-kerja mencari dan menyelamat giat dijalankan oleh pasukan khas, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang dengan kerjasama daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Balai Bomba dan Penyelamat
#lemas
#Myanmar
#Teluk Kemang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan