awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
Wabak tibi di Pulau Pinang terkawal, tiada kluster dilaporkan - Exco
Sebuah kilang perabot terbakar, asap tebal selubungi kawasan Petaling Jaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak akan kekal dalam Malaysia, kata Richard Riot

Bernama
Bernama
23/07/2015
14:26 MYT
Sarawak akan kekal dalam Malaysia, kata Richard Riot
RIOT: Tidak pernah terlintas dalam fikiran kami untuk berpisah dengan Malaysia. -AWANI/SHAHIR OMAR
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem tidak ragu bahawa Sarawak akan kekal selamanya dalam Malaysia.
Riot yang juga Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berkata perhimpunan yang diadakan di Kuching semalam bagi meraikan ulang tahun kemerdekaan Sarawak daripada British pada 22 Julai 1963, hanya mencerminkan sentimen peserta dan bukannya kerajaan negeri.
"Tidak pernah terlintas dalam fikiran kami untuk berpisah dengan Malaysia," kata Anggota Parlimen Serian itu.
Walaupun penganjur 722 Sarawak Freedom and Independence Walk mendakwa perhimpunan itu bukan untuk menggesa Sarawak keluar dari Malaysia tetapi kira-kira 8,000 pesertanya memakai baju T hitam dengan slogan "Sarawak for Sarawakians" (Sarawak untuk Orang Sarawak) dan membawa kain rentang serta bendera negeri yang lama dan yang baharu.
Beliau berkata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem sudah membuat "beberapa permintaan untuk negeri" dan beliau yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi perhatian.
"Saya tahu YAB Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sangat dekat dengan Sarawak dan sebagai seorang menteri dari Sarawak, saya gembira Sarawak sangat dekat dalam hati beliau (Najib)," kata Riot.
Pengerusi penganjur, Peter John Jaban berkata perhimpunan itu diadakan untuk menyuarakan permintaan berhubung isu pendidikan, kesihatan dan royalti minyak.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Merdeka
#Richard Riot
#Sarawak for Sarawakians
#sentimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan