awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak aktifkan pelan tindakan musim kemarau - Julaihi

Bernama
Bernama
24/04/2023
10:31 MYT
Sarawak aktifkan pelan tindakan musim kemarau - Julaihi
Pihak berkuasa bekalan air di Sarawak mengaktifkan pelan tindakan bagi mengurangkan kesan musim kemarau yang dijangka berlarutan hingga Ogos ini. - Gambar hiasan
KUCHING: Pihak berkuasa bekalan air di Sarawak mengaktifkan pelan tindakan bagi mengurangkan kesan musim kemarau yang dijangka berlarutan hingga Ogos ini, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi.
Beliau berkata sebagai lanjutan kepada pelan tindakan oleh Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB), Lembaga Air Kuching, Lembaga Air Sibu dan LAKU Management Sdn Bhd, pemimpin masyarakat dan pengguna dinasihatkan melaporkan sebarang kejadian tekanan air rendah dengan segera atau masalah bekalan air di kawasan mereka kepada pihak berkuasa berkenaan.
"Lori tangki pada masa ini sedang siap siaga untuk digerakkan ke kawasan terputus bekalan air jika masalah bekalan air berlarutan. Hal ini ketika ini diambil alih di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak," kata Julaihi kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka anjuran beliau di sini hari ini.
Beliau berkata bagi kawasan terjejas, pusat pengumpulan air akan diwujudkan di lokasi strategik yang akan dihebah dan dikemas kini secara berkala.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini dilaporkan berkata rakyat harus bersiap sedia menghadapi kemungkinan jerebu ekoran cuaca panas dan kering beberapa bulan akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarawak
#pelan tindakan musim kemarau
#Julaihi Narawi
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan