KUCHING: Kerajaan Sarawak akan mengambil pengajaran daripada pengurusan sungai negara lain bagi mengatasi cabaran yang dihadapi dalam pembangunan Pelabuhan Miri yang terletak di bahagian utara negeri itu.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pengalaman Rotterdam (Belanda), Shanghai (China) dan Adelaide (Australia) akan diambil kira dalam pelan pembesaran pelabuhan.
"Kita telah melihat apa yang berlaku di negara lain di dunia... mereka pada asalnya juga mendapat masalah (kesesakan yang sama) itu," katanya selepas membuat lawatan kerja ke pelabuhan tersebut pada Khamis.
Menurut beliau, kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM230 juta untuk mendalamkan muara Sungai Baram yang berfungsi sebagai saluran sungai ke Pelabuhan Miri sebagai sebahagian daripada usaha menambah baik pelabuhan itu.
"Dengan kata lain, sungai ini (Baram) akan menjadi lebih dalam pada masa akan datang dan mengubah Miri menjadi hab (pembangunan) lain selain (pelabuhan) Bintulu," katanya.
Dengan pelaburan RM2 bilion oleh Petroleum Sarawak Bhd (Petros) milik kerajaan untuk membangunkan loji turbin gas kitaran gabungan 400 megawatt untuk menjana tenaga elektrik di Miri yang diumumkannya baru-baru ini, Abang Johari berkata, tempat itu akan dijadikan hab gas di Sarawak, selain Bintulu dan Samalaju.
Beliau berkata pelaburan itu akan menghasilkan pembangunan holistik dalam menyediakan akses kepada bekalan gas yang berpatutan, boleh dipercayai dan tenaga bersih di bawah Pelan Induk Hala Tuju Gas Sarawak, khususnya di wilayah utara Sarawak, dan akhirnya akan menghubungkan Limbang dan Lawas (daerah paling utara Sarawak).
"Dalam tempoh 10 tahun akan datang, kita juga akan menyediakan pengagihan gas di Kuching untuk membekalkan tenaga kepada industri yang terletak di Sarawak," katanya sambil menambah Sarawak Energy Bhd, syarikat bekalan tenaga milik kerajaan, bekerjasama dengan Petros dalam membangunkannya.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri merancang untuk membina sebuah pelabuhan di Lawas memandangkan terdapat cadangan pelaburan untuk membina kompleks petrokimia di sana dan rancangan itu akan meningkatkan lagi hasil bagi Pelabuhan Miri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2023

JOHARI: Kerajaan negeri merancang untuk membina sebuah pelabuhan di Lawas. - Foto fail/BERNAMA

Bukan masa bersaing dengan bakat baharu, Siti Nurhaliza mahu fokus dekati masyarakat
Siti meletakkan sasaran mendekati masyarakat menerusi kerja-kerja amal, selain menghasilkan buah tangan terbaik untuk halwa telinga peminatnya.

PRN: Pas Perak 'all out' tumpu bantu jentera di Selangor, Pulau Pinang
Pas Perak akan berjuang sehabis baik membantu dua negeri iaitu Pulau Pinang dan Selangor dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Kaum Melayu tidak rasis - Abdul Hadi
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa kaum Melayu merupakan bangsa yang tidak rasis, walaupun dipaksa oleh penjajah untuk menerima jus soli sebagai syarat kemerdekaan.

Cuaca panas: Tiada keperluan sekat bekalan air - Nik Nazmi
Tiada keperluan untuk melaksanakan sekatan kepada bekalan dan penggunaan air susulan cuaca panas dan kering ekstrem.

JHEAT nasihat 'duda sado' usah tayang badan ketika jual durian
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menasihatkan seorang lelaki berbadan sasa yang tidak berbaju ketika menjual durian supaya tidak lagi mempamerkan bentuk badannya.

Tragedi Everest: Keluarga Muhammad Hawari reda SAR ditamatkan
Ahli keluarga pendaki Malaysia Everest 2023, Muhammad Hawari Hashim terima dengan hati penuh hiba keputusan misi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan.

Kalimah Allah: Jangan politikkan sehingga Majlis Raja-Raja buat keputusan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menegaskan baginda telah menyatakan pandangannya berhubung perkara berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penuntut USAS lemas ketika berkelah bersama rakan di Air Terjun Batu Hampar
Perkelahan penuntut Universiti Sultan Azlan Shah di Air Terjun Batu Hampar Padang Rengas bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas.

Dewan Rakyat: Tuan Ibrahim dakwa Empangan Chereh pecah pada Nov 2021
Tuan Ibrahim mendakwa, kejadian itu menyebabkan simpanan bekalan air minuman di bandar Kuantan melibatkan beberapa loji terjejas.

Ibu, bapa tiri dilepaskan tuduhan cuai cederakan anak
Suami isteri dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas pertuduhan bertindak cuai terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, dua bulan lalu.

Lelaki cedera ditembak ditahan untuk siasatan curi kenderaan
Seorang lelaki tempatan yang cedera dipercayai akibat terkena dua das tembakan ketika cuba melarikan diri menggunakan kenderaan yang dicuri, telah ditahan polis di Hospital Bentong, semalam.

TPM Zahid 'ngabang' Gawai di Kuching, Kapit
Pagi ini, Ahmad Zahid dijadual mengadakan pertemuan dengan Abang Johari di kediamannya di Petra Jaya sebelum berangkat ke Sibu.

Tragedi menjelang Gawai: Jasad remaja mangsa bot karam ditemui
Operasi mencari dan menyelamat pada Khamis telah membawa kepada penemuan jasad remaja malang tersebut.

Timbalan Menteri Sarawak cedera dipukul empat lelaki tidak dikenali
Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan mengunjungi kediaman keluarganya menjelang sambutan Hari Gawai.

Anwar mahu pembinaan Lebuhraya Pan Borneo diselesaikan guna 'fast track'
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak diselesaikan dengan kaedah 'fast track' atau laluan pantas.

Tenaga hidro kekal fokus utama sumber tenaga Sarawak - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg baru-baru ini menyarankan agar Sarawak Energy Bhd meneroka pembinaan empangan kuasa hidro di Sungai Trusan di Lawas.

KKD pertimbang penganjuran HAWANA di Sabah dan Sarawak - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan meneruskan usaha membawa sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Siasatan SPRM: Petronas akan terus beri kerjasama penuh
Petronas akan terus memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan dakwaan rasuah melibatkan projek syarikat minyak negara itu.

SPRM sahkan buka fail siasatan babitkan Petronas, syarikat antarabangsa
SPRM berkata Petronas memberi kerjasama penuh dalam siasatan melibatkan projek bernilai RM399 juta di Sarawak itu.

Mahkamah Tinggi Kuching tolak saman isytihar MA63 batal dan tidak sah
Mahkamah Tinggi di sini menolak saman sivil yang dikemukakan 12 rakyat Sarawak yang memohon untuk mengisytiharkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai terbatal dan tidak sah.