KUCHING:Kerajaan Sarawak mengeluarkan pajakan perlombongan kepada Petroleum Sarawak Bhd (PETROS), untuk menjalankan perlombongan minyak dan gas di kawasan darat negeri itu.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pajakan itu melibatkan dua blok iaitu masing-masing di Adong Kecil Barat di Miri dan blok Engkabang di Marudi.
Menurutnya, langkah itu adalah permulaan kepada usaha untuk melaksanakan hak Perlembagaan Negeri bagi mengawal selia perlombongan minyak dan gas di kawasan darat.
"Kerajaan negeri, melalui Petros, akan mempunyai kawalan, dan hak milik undang-undang kepada, semua minyak dan gas asli yang dihasilkan dari kawasan darat, dan untuk memilih dan melantik kontraktor atau memulakan usaha dengan pelabur untuk meneroka dan menghasilkan minyak dan gas dari kawasan darat Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis makan malam industri minyak dan gas di Kuching, Jumaat malam.
Beliau berkata pengeluaran pajakan itu direalisasikan melalui Ordinan Perlombongan Minyak 1958 negeri, yang mengawal selia perlombongan minyak di Sarawak dan pelantar benuanya, serta di bawah Perkara 2 (c) Senarai II (Senarai Negeri) dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan,
“Ordinan Perlombongan Minyak tidak pernah dimansuhkan walaupun dalam tempoh Perisytiharan Darurat 1969. Kerajaan negeri amat komited untuk mengawal selia perlombongan minyak di negeri ini untuk melindungi kepentingan dan aspirasi rakyat Sarawak,” katanya.
Tambahnya lagi, bagi menarik para pelabur untuk turut serta dalam pembangunan industri minyak dan gas, kerajaan negeri akan mewujudkan kerangka peraturan dan persekitaran yang adil serta mesra perniagaan.
“Kami akan terus bekerjasama dengan penggiat industri sedia ada yang telah beroperasi di Sarawak, termasuk Petronas dan Shell,” katanya.
Kerajaan negeri juga akan mengukuhkan peranan PETROS dalam menerajui penglibatan negeri yang dipertingkatkan dalam industri minyak dan gas terutamanya dalam sektor hiliran.
Fadilah Sulaiman
Fri Oct 30 2020

Abang Johari berkata, PETROS juga berperanan sebagai pemilih serta melantik kontraktor atau pelabur bagi meneroka selain menghasilkan minyak dan gas di kawasan darat Sarawak

AWANI Ringkas: Individu terawal terima vaksin di Selangor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MB Selangor, Timb Menteri Kesihatan disuntik vaksin COVID-19 hari ini
Ia sekali gus menandakan bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat negeri Selangor.

Azmin Ali ketuai mesyuarat Jabatan Pilihan Raya Perikatan Nasional
Mesyuarat Jabatan Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) yang dipengerusikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berlangsung di Putrajaya pada Rabu malam.

Jurukimpal didakwa rogol remaja sampai lahir anak
Mangsa yang dirogol oleh tertuduh telah melahirkan anak yang kini sudah berusia seminggu dan akan menyambung pelajaran selepas habis pantang.

PTPN dirangka untuk lengkapkan Dasar Perpaduan Negara - Halimah
Proses dan gerak kerja pelaksanaan PTPN ini akan melibatkan pelbagai pihak termasuk agensi-agensi kerajaan dan NGO di semua peringkat.

Perkhidmatan feri Kuala Perlis ke Langkawi beroperasi semula Sabtu ini
Waktu perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi adalah 11.30 pagi manakala perjalanan dari Langkawi ke Kuala Perlis pada 2 petang.

Industri penerbangan kekal tunai negatif sepanjang 2021 - IATA
Di peringkat industri, syarikat penerbangan dijangka tidak akan mencatatkan tunai positif sehingga 2022.

Jambatan ikonik Tasik Kenyir jadi tarikan baharu di Terengganu
Jambatan itu adalah sebahagian daripada komponen projek pembangunan pusat bebas cukai di tasik tersebut.

Empangan Mengkuang dan tiga lagi lokasi rekreasi dibuka mulai esok
Had kemasukan pengunjung untuk berekreasi ditetapkan dalam jumlah tertentu untuk menjaga SOP penjarakan fizikal.

Politik | Jabatan Pilihan Raya PN bentuk struktur Pilihan Raya negeri
Jabatan Pilihan Raya Perikatan Nasional memutuskan akan segera membentuk struktur Pilihan Raya di peringkat negeri. Perkara itu dinyatakan Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melalui ciapan di laman media sosial Twitter miliknya, pada Khamis.

Perjanjian Sarawak-Petronas: Biar masa tentukan, jangan pertikai keputusan - Abang Johari
Semua dilakukan demi kebaikan negeri Bumi Kenyalang, tiada niat lain.

Perjanjian Petronas dan Petros, bukti kerajaan PN ikhlas dan terbuka - Dr Jeniri
Perjanjian penyelesaian komersial yang ditandatangani kerajaan Sarawak dan syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) pada Isnin membuktikan keikhlasan dan keterbukaan kerajaan Perikatan Nasional

Perjanjian Sarawak-Petronas bakal rancakkan pembangunan industri petroleum - PM
Penyelesaian isu berkaitan pengurusan minyak dan gas akan membolehkan kerajaan Sarawak meluaskan kutipan hasil untuk disalurkan kepada pelbagai program pembangunan demi kesejahteraan rakyat.

LPG Petroleum Sarawak Berhad dijual pada harga kawalan - ADUN Tupong
Ini susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh Chong yang menggesa harga LPG PETROS dikurangkan pada kadar 10 peratus.

Sarawak rancang jual LPG, barang keperluan kepada Kalimantan
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata negeri berhasrat untuk membekalkan LPG ke Kalimantan, Indonesia selepas berjaya membekalkan tenaganya di sana.

LPG jenama Petros dilancar, mula diedarkan tahun depan
Sarawak kini mempunyai gas petroleum cecair (LPG) jenama Petroleum Sarawak Berhad (Petros).

Sarawak beri pajakan perlombongan daratan kepada PETROS
Kerajaan Sarawak mengeluarkan pajakan perlombongan kepada Petroleum Sarawak Bhd (PETROS), untuk menjalankan perlombongan minyak dan gas di kawasan darat negeri itu.

Sarawak lakar sejarah bina stesen pengisian bersepadu 3 dalam 1
Majlis pecah tanah stesen bahan api bersepadu pertama milik PETROS membuktikan komitmen Sarawak untuk jadi pembekal utama bahan api mesra alam berasaskan hidrogen

Stesen Hidrogen Bersepadu, PETROS bakal direalisasikan
Stesen Hidrogen Bersepadu, PETROS dilengkapi pam minyak, tempat pengisian gas hidrogen serta kemudahan mengecas kenderaan hybrid, seiring usaha ke arah teknologi hijau.

Selamat tinggal tong gas hijau, Sarawak beralih ke putih, hitam dan merah
Petros bakal memperkenalkan tong gas silindernya sendiri yang berwarna putih, hitam dan merah.