KUALA LUMPUR :Dua kematian akibat COVID-19 dicatatkan di Sibu dalam perkembangan terbaharu wabak itu di Sarawak.
Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Sabtu, kedua-dua kes yang direkodkan hari ini adalah melibatkan lelaki dan wanita warga tempatan.
"Kes kematian ke-25 merupakan kes ke-2,947 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 35 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Sibu pada 22 Januari 2021.
"Kes dibawa ke hospital kerana mengalami masalah kesukaran bernafas. Mengikut sejarah penyakit, kes mempunyai simptom demam, batuk dan kahak berdarah.
"Kes telah disahkan meninggal dunia pada 23 Januari 2021 jam 5.20 pagi di Hospital Sibu," memetik kenyataan tersebut.
Ujar JPBN Sarawak, kes kematian ini turut mempunyai ko-morbid seperti penyakit darah tinggi dan obesiti.
Manakala, tambah kenyataan itu lagi, kes kematian ke-26 pula melibatkan lelaki berusia 74 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Sibu pada 14 Januari 2021.
"Kes ini dimasukkan ke Hospital Sibu kerana saringan rt-PCR COVID-19 pada 13 Januari 2021 di pusat jagaan dan telah didapati positif pada 14 Januari 2021.
"Bermula 18 Januari 2021, keadaan kesihatan kes mula menurun dan memerlukan bantuan
pernafasan. Kes telah disahkan meninggal dunia pada 23 Januari 2021 jam 10.02 pagi," jelas JPBN Sarawak.
Dalam pada itu, JPBN Sarawak memaklumkan negeri itu secara keseluruhannya mengesan 193 kes positif COVID-19 baharu. Menjadikan jumlah keseluruhan wabak itu meningkat kepada 3,124 kes setakat ini.
"138 dicatatkan di Sibu, 10 di Bintulu, sembilan di Kuching dan Dalat, tujuh di Kapit, empat di Sebauh, dua di Kanowit dan Selangau, manakala satu masing-masing di Bau dan Limbang," tambah kenyataan sama.
Sementara itu, lapan kluster dilaporkan masih aktif di Sarawak iaitu Kluster Rakut, Kluster Bukit Sekubong, Kluster Jelita, Kluster Pasai dan Kluster Keranji Tabuan.
Baki yang lain adalah Kluster Bah Sayap, Kluster Stutong dan Kluster Mador.
Antara lain, daerah Bintulu telah bertukar status dari Kuning ke Jingga setelah mencatatkan sebanyak 29 kes dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Selain itu, pertukaran status turut dilaporkan di Daerah Bau iaitu Hijau ke Kuning setelah satu kes baharu dilaporkan dalam tempoh yang sama.
Nickyson Nyambar
Sat Jan 23 2021

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak yang dipengerusikan oleh Datuk Amar Douglas Uggah Embas akan terus memantau perkembangan COVID-19 di negeri itu. - Gambar Fail

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Hari NGO Sedunia | NGO main peranan penting dalam membina negara
Presiden Majlis Belia Malaysia Jufitri Joha berharap agar masyarakat melihat NGO sebagai sebuah badan yang memainkan peranan yang sama penting dengan kerajaan dan pihak swasta. Beliau menjelaskan pandangan negatif masyarakat seperti ada yang menganggap NGO sebagai badan yang mahu menggugat kerajaan perlu diubah.

Ingkar PKP | 432 individu ditahan
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah tersebut, 414 individu dikompaun manakala 18 lagi direman.

Vaksin COVID-19 | Tiada alahan selepas 24 jam divaksin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkilfli Mohamad Al-Bakri berkongsi pengalaman selepas menerima vaksin COVID-19 pada Jumaat. Jelas Zulkifli dalam satu video yang dimuat naik dalam ciapan Twitternya pada Sabtu.

Politik | Adun Amanah di Johor umum sertai PKR
Seorang wakil rakyat dari Parti Amanah Negara disahkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ahli Dewan Udangan Negeri Senggarang, Khairuddin A.Rahim dilaporkan telah memohon untuk menyertai PKR sejak September tahun lalu.

Warga emas kembali ke pangkuan keluarga selepas lebih 30 tahun terkandas di Sibu
Seorang warga emas wanita berusia 70 tahun yang terkandas lebih 30 tahun di Sarawak akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya di sini hari ini dengan bantuan satu operasi belas ihsan.

5 perkara penting kenyataan media harian PKP - 27 Feb 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

5 perkara penting dalam kenyataan media KKM - 27 Feb 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Dua kanak-kanak lemas, seorang hilang tragedi mandi di Pantai Sungai Ular
Dua kanak-kanak perempuan maut akibat lemas manakala seorang lagi kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang semasa mandi di Pantai Sungai Ular di sini hari ini.

Sarawak catat dua lagi kematian akibat COVID-19
Sarawak secara keseluruhannya pada hari ini melaporkan 193 kes baharu COVID-19 dengan pertukaran status buat dua daerah iaitu Bintulu dan Bau.