awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak dalam usaha beri vaksin kepada individu 12 hingga 17 tahun - Abang Johari

Lynch Cowan
Lynch Cowan
31/08/2021
14:19 MYT
Sarawak dalam usaha beri vaksin kepada individu 12 hingga 17 tahun - Abang Johari
Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2021 Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Undangan Negeri (DUN), Petrajaya pada Selasa malam. - Gambar Japen Sarawak.
KUCHING: Kerajaan Sarawak dalam usaha untuk melaksanakan program pemberian vaksin bagi individu berusia 12 hingga 17 tahun di negeri itu.
Menurut Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, golongan itu yang melibatkan 289,200 orang atau 9.94 peratus daripada penduduk Sarawak.
Menurutnya, program pemberian vaksin kepada golongan itu di bawah penyeliaan Kementerian Kesihatan dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
"Kerajaan berharap para ibu bapa dan penjaga memberi kerjasama kepada pihak berwajib bagi memastikan pelaksanaan program ini berjalan lancar," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2021 Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Undangan Negeri (DUN), Petrajaya pada Selasa malam.
Abang Johari berkata setakat semalam, program pemberian vaksin di Sarawak sudah mencapai 91 peratus atau 1,879,360 bagi dos pertama daripada 2,066,000 individu yang layak berumur 18 tahun ke atas sudah menerima suntikan.
Sementara bagi dos kedua seramai 1,821,499 individu atau 88.2 peratus daripada individu 18 tahun ke atas yang layak telah melengkapkan vaksinasi.
Mengulas mengenai peningkatan kadar jangkitan terutama di zon Selatan, Abang Johari menjelaskan, 99 peratus daripada jangkitan adalah Kategori 1 dan 2.
"Sehubungan itu, saya menggesa rakyat untuk terus mematuhi SOP COVID-19 bagi menurunkan kadar jangkitan," katanya.
Topic Berkaitan
#Merdeka Sarawak
#Abang Johari Tun Openg
#vaksin kanak-kanak
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan