KUCHING: Sarawak telah dipilih untuk menjadi tuan rumah Kongres dan Pameran Air Sedunia Persatuan Air Antarabangsa (IWA) pada 2028.
Perkara itu diumumkan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam ucapan beliau pada sambutan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Stadium Perpaduan, di sini malam tadi.
"Saya gembira untuk mengumumkan Sarawak mencipta sejarah hari ini, Kuching telah dipilih untuk menjadi tuan rumah kepada Kongres dan Pameran Air Sedunia Persatuan Air Antarabangsa (IWA) pada 2028 selepas membida untuk acara itu di Bordeaux, Perancis.
"Sememangnya ini adalah satu lagi pencapaian penting terutamanya ketika sambutan ulang tahun ke-60 Hari Malaysia dan membanggakan rakyat Malaysia," katanya.
Abang Johari berkata kongres berkenaan dijangka menarik 10,000 peserta dari 80 negara dan ia akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
"Kongres ini juga dijangka menjana hasil ekonomi (untuk kedua-dua Sarawak dan Malaysia), ini juga akan meletakkan Sarawak sebagai sebuah hab dalam industri air sejagat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 16 2023

Abang Johari berucap pada Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023 di Stadium Perpaduan, Kuching, malam tadi. --fotoBERNAMA

JKPD, PRS dan Mentor Kepulihan kelompok penting bantu pemulihan dadah
Peranan institusi keluarga sebagai tempat rujukan pertama klien dalam kepulihan perlu diberi perhatian semua pihak.
MINDEF perkemas pendekatan G2G
Adly menambah Kertas Putih Pertahanan menzahirkan iltizam kerajaan untuk ters memperkasakan dasar sains, teknologi dan industri pertahanan dengan menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi.
Dilantik sebagai menteri? Itu prerogatif PM
Adly yang juga Naib Presiden Amanah menegaskan, Amanah mempunyai banyak bakat yang boleh diketengahkan sebagai calon menteri.
MINDEF sedia beri kerjasama kepada PAC
PAC dijangka memanggil pegawai kanan Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan bekas menteri dan menteri semasa bagi mendapatkan perkembangan kemajuan projek LCS, hari ini.

Jerebu: Golongan berisiko dinasihat ambil langkah pencegahan
Mereka juga disarankan agar segera mendapatkan rawatan sekiranya mempunyai gejala sesak nafas, mengalami jangkitan selaput mata (konjunktivitis) atau serangan asma.

Tamatkan monopoli untuk tingkatkan keterjaminan bekalan beras - IDEAS
IDEAS menyeru untuk pendekatan berperingkat dalam pelaksanaan reformasi yang dilaksanakan dengan baik menjelang tahun 2031 bagi memudahkan peralihan ke pasaran terbuka dan penyahkawalseliaan import.

Badminton Sukan Asia Hangzhou: Zii Jia, Jin Wei lolos mudah ke pusingan 16
Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei, melangkah ke pusingan 16 Sukan Asia Hangzhou dalam acara perseorangan lelaki dan wanita sebentar tadi.

India tuntut Kanada panggil balik kira-kira 40 diplomat sebelum 10 Okt
Sumber lain berkata New Delhi telah mengancam untuk membatalkan kekebalan diplomatik diplomat Kanada yang kekal selepas tarikh itu.
#AWANIByte: INNOVATHON bantu inovator mengkomersialkan produk inovasi mereka
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yakin juara INNOVATHON, NACOTS dapat mengkomersilkan hasil ciptaan mereka jika dipadankan dengan pemain industri yang betul. Pendapatnya disokong Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang yang menyifatkan INNOVATHON berupaya mempercepatkan pengkomersialan sesuatu inovasi.
AWANI Ringkas: Lima rakan didakwa rompak kilang elektronik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Belum ada permohonan rasmi Sabah, Sarawak guna 'wilayah' - Armizan
Belum ada permohonan rasmi daripada kerajaan Sabah dan Sarawak mengenai rundingan penggunaan istilah 'wilayah' dan 'negeri' bagi kedua-dua negeri tersebut.

Pembakaran terbuka punca kualiti IPU bertambah buruk - JAS
Tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang melakukan pembakaran terbuka menyebabkan kualiti indeks pencemaran udara (IPU) bertambah buruk.

Tular: Sekeluarga jalan kaki hantar anak masuk universiti
Tular satu klip video memaparkan sebuah keluarga berjalan kaki memasuki Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ketika hari pendaftaran pada Sabtu.

Pendidikan universiti percuma di Sarawak bermula 2026 - Abang Johari
Beliau berkata unjuran pendapatan tahunan Sarawak yang terus menunjukkan peningkatan sejak 2020 telah memberikan keyakinan kepada beliau untuk menetapkan jangkaan itu.

Tun Taib hadir sambutan Maulidur Rasul Sarawak
Kali terakhir Taib menghadiri majlis rasmi adalah empat bulan lalu iaitu pada 21 Mei 2023 di Tebingan Sungai Kuching untuk Majlis Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan

Lebih 80,000 kes gigitan haiwan di Sarawak
Sarawak merekodkan sebanyak 88,606 kes gigitan haiwan sejak 2017, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Banjir di Sarawak pulih, PPS terakhir di Limbang ditutup
Lapan mangsa banjir daripada tiga keluarga telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Kerajaan Sarawak cadang dana khas biayai projek pertanian pintar - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata untuk memulakan pertanian pintar ia memerlukan kos yang tinggi kerana ia melibatkan teknologi yang digunakan.

Jumlah mangsa banjir di Perak, Sabah, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di tiga negeri yang terjejas dengan bencana itu menurun sedikit dengan 274 orang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) malam ini berbanding 299 orang pagi tadi.

Mangsa banjir di Sabah, Perak meningkat
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Perak meningkat malam ini manakala di Sarawak kekal.