KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang mengkaji untuk menggabungkan empat pihak berkuasa bekalan air utama di negeri itu di bawah satu entiti akan dikenali sebagai Lembaga Air Negeri.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kajian itu melibatkan penggabungan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Lembaga Air Kuching (KWB), Lembaga Air Sibu (SWB) dan Laku Management Sdn Bhd (LAKU).
"Dalam tempoh dua tahun ini, kami akan mengkaji mengenai penggabungan badan-badan ini dan strukturnya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pameran dan Persidangan Air dan Air Antarabangsa Borneo (BIWWWEC) di sini pada Selasa.
Abang Johari berkata Sarawak mempunyai banyak sumber air termasuklah dari tasik, selain dari empangan Bakun dan Murum, justeru adalah penting untuk mewujudkan satu badan yang mengawal selia.
"Kita perlukan tangki (bekalan air), tangki adalah grid utama kemudian (diikuti dengan) pengagihan dan dari situ kita akan mempunyai data bagaimana hendak merancang pengagihan air. Kawasan kita )negeri Sarawak) agak besar dan kita perlu membuat perancangan yang teliti," katanya.
Semasa berucap di majlis itu, Abang Johari berkata air sebagai sumber yang terbatas dan tidak boleh diganti untuk keperluan asas dalam kehidupan harian perlu diuruskan dengan baik.
"Dalam konteks pertumbuhan demografi, peningkatan persaingan untuk mendapatkan air dan perhatian lebih terhadap isu alam sekitar, air untuk makanan kekal sebagai isu teras yang tidak lagi dapat ditangani melalui pendekatan sektor yang sempit.
"Air menghubungkan alam sekitar dengan mata pencarian kita, menambah baik akses kepada bekalan air bersih terutama di kawasan terdedah kepada kekurangan air, mengurangkan kemiskinan, meningkatkan kesihatan dan prasyarat kepada peningkatan kualiti hidup," katanya.
BIWWEC 2022 bertemakan 'Kemampanan dan Daya Ketahanan menerusi Teknologi dan Inovasi Pintar' memfokus kepada penyelesaian aktif dan bersinergi untuk mengatasi cabaran keperluan air dan air sisa di Borneo.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 19 2022

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (dua,kanan) melihat proses penapisan air ketika melawat pameran sempena Pameran dan Persidangan Air dan Air Buangan Antarabangsa Borneo Kelima. - Foto BERNAMA

Bengkel SPM berasingan: Isu sudah diselesaikan secara baik - Fadhlina
Isu penganjuran bengkel Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara berasingan anjuran sebuah sekolah menengah di Johor sudah diselesaikan secara baik.

Malaysia-Singapura | Lawatan sulung Anwar ke Singapura pada Isnin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual bertemu Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pada esok, sempena lawatan sulung beliau ke Singapura. Perdana Menteri, diiringi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijangka tiba di Kota Singa pada jam 9.30 pagi.

Minyak Masak Paket | Bekalan di kedai runcit masih krtikal
Peniaga kedai runcit masih terhimpit dengan isu bekalan minyak masak paket yang dilihat masih tidak mampu menampung permintaan harian. Bukan masalah sehari dua, namun dakwa peniaga, ada di antara mereka yang telah terputus bekalan lebih dari tempoh 2 bulan.

Lawatan PM ke Singapura | Selesaikan isu-isu yang berbangkit
Hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura seringkali terjejas akibat beberapa isu yang timbul, kata Penganalisis Politik UUM, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed.

Penasihat kanan PM | Nurul Izzah dilantik Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah mengesahkan beliau telah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa 3 Januari lalu. Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh membuat pendedahan itu dalam satu temu bual bersama akhbar The Star.

Pertikaian Cukai | Rishi Sunak pecat Pengerusi Parti Konservatif
Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak memecat Pengerusi Parti Konservatifnya, Nadhim Zahawi, pada Ahad. Tekanan meningkat ke atas Nadhim selepas timbul dakwaan beliau menyelesaikan bil cukai jutaan dolar yang belum dibayar, semasa beliau menjaga portfolio Perbendaharaan Negara.
![[TERKINI] Perdana Menteri pertahan lantikan Nurul Izzah [TERKINI] Perdana Menteri pertahan lantikan Nurul Izzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007116/11199715851674995926303_640x360.jpg)
[TERKINI] Perdana Menteri pertahan lantikan Nurul Izzah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan lantikan anaknya, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan bagi Ekonomi dan Kewangan. Jelasnya, lantikan itu dibuat atas dasar pelawaan dan tanpa elaun.
![[TERKINI] Sea Limited komited mengembangkan pelaburan di Malaysia [TERKINI] Sea Limited komited mengembangkan pelaburan di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007115/11199716141674995771226_640x360.jpg)
[TERKINI] Sea Limited komited mengembangkan pelaburan di Malaysia
Sea Limited, sebuah syarikat internet global terkemuka yang berpangkalan di Singapura, yang juga merupakan syarikat induk bagi Shopee, memberi komitmen untuk mengembangkan pelaburannya di Malaysia, dan bakal mewujudkan lebih 2,000 pekerjaan langsung. Sea mengendalikan tiga teras perniagaan merangkumi hiburan digital, e-dagang, serta pembayaran digital dan perkhidmatan kewangan yang dikenali sebagai Garena, Shopee dan SeaMoney.

Palestin-Israel | Netanyahu ikrar bertindak segera dan tegas
Palestin lancarkan serangan balas, susulan serbuan yang dijalankan Israel di Tebing Barat pada Jumaat, yang mengorbankan sekurang-kurangnya sepuluh orang termasuk warga emas. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata pada Sabtu pihaknya akan bertindak segera dan tegas.

Penasihat Kanan | Saya pelawa Nurul Izzah, tiada elaun - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas berhubungan pelantikan anaknya, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan. Katanya, pelantikan itu tidak melibatkan bayaran elaun. Dan beliau sendiri mempelawa Nurul Izzah untuk membantunya sebagai Penasihat Kanan.

MA63: Anwar hanya tunai hak, bukan lebihkan Sabah, Sarawak - Abang Jo
Kesungguhan Anwar merealisasikan segala hak yang terkandung dalam MA63 sepenuhnya adalah atas dasar tanggungjawab sebagai ketua kerajaan yang berintegriti.

Pemimpin sibuk berpolitik tidak akan berjaya rancang masa depan - Abang Jo
Keberhasilan rancangan pembangunan bergantung kepada kestabilan politik negeri dan negara dalam merangka masa depan yang lebih cerah, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Selepas Singapura, Sarawak akan buka STATO di Brunei
Selepas Singapura, Sarawak akan membuka sebuah lagi Pejabat Perdagangan dan Pelancongan (STATO) di Brunei.

Tahun Baharu Cina: Abang Johari harap semangat perpaduan bawa sinar kepada MA63
Semua rakyat harus bergerak ke hadapan bersama- sama untuk mengatasi segala rintangan yang berlaku, kata Premier Sarawak itu.

Lawatan kerja di Sarawak: Anwar adakan pertemuan dengan Taib Mahmud
Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak dan seluruh pihak yang terlibat dalam menjayakan lawatan rasmi beliau.

Keenakan Aiskrim Gula Apong serikan kenduri rakyat Sarawak bersama PM
Aiskrim Gula Apong menjadi antara hasil kulinari unik Sarawak dan hidangan menarik dalam majlis Kenduri Rakyat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kubah Ria di Kuching hari ini.

Bonus penjawat awam di semua negeri tidak akan dikenakan cukai - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan keputusan dibuat atas pertimbangan bahawa bonus penjawat awam adalah tidak tinggi dan tidak wajar dikenakan cukai.

Lebih banyak persetujuan MA63 akan diumum esok - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg yakin akan ada lebih banyak perkara yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan ditunaikan kerajaan Persekutuan.

Menanti agenda besar Anwar untuk Borneo selepas 25 tahun
Anwar sendiri sudah pasti mahu meletakkan titik noktah terhadap apa jua perkara yang melingkari MA63 sekian lama.

Sarawak bersedia bina pusat kanser menjelang akhir tahun ini - Abang Jo
Kerajaan Sarawak bersedia membina sebuah pusat kanser menggunakan dana negeri menjelang akhir tahun in jika kerajaan Persekutuan bersetuju dengan cadangan tersebut, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang