awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penumpang BAS.MY di Negeri Sembilan catat peningkatan 35 peratus - Exco
Syahir Rosdi punya sebab tepis dilabel tekong terbaik dunia
Malaysia angkat kebersamaan ASEAN dalam dunia bergolak - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak: Kluster Taman Putrajaya ditukar kepada Kluster Putra

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
11/10/2020
08:46 MYT
Sarawak: Kluster Taman Putrajaya ditukar kepada Kluster Putra
Pertukaran ini dibuat untuk keseragaman data dan maklumat di antara JPBN Sarawak dengan CPRC KKM.
KUALA LUMPUR:Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mengumumkan pertukaran nama Kluster Taman Putrajaya di Bintulu kepada Kluster Putra.
JKNS dalam satu kenyataan dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Ahad, berkata pertukaran nama kluster baharu itu dibuat atas faktor keseragaman di peringkat Persekutuan serta mengelak kekeliruan.
"(Nama) Kluster Taman Putrajaya (yang diumumkan semalam) akan ditukar kepada Kluster Putra seperti yang diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media pada 10 Oktober (semalam).
“Pertukaran ini dibuat untuk keseragaman data dan maklumat di antara JPBN Sarawak dengan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM).
“Pertukaran ini juga dibuat bagi mengelakkan kekeliruan penggunaan nama Putrajaya yang (biasanya) merujuk kepada Wilayah Persekutuan Putrajaya,” kata kenyataan itu.
Pada Sabtu, kluster ini mencatatkan pertambahan empat kes positif COVID-19 menjadikan jumlah kes positif kluster ini kepada lima kes setakat ini.
Selain kluster Putra di Bintulu, Kluster Bah Arnab di Kuching juga merupakan kluster aktif COVID-19 di negeri itu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kluster Taman Putra
#Bintulu
#kluster aktif
#Kluster Bah Arnab
#Kuching
#JPBN Sarawak
#JKNS
#Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
#KKM
#CPRC
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan