awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak lakukan ujian saringan secara rawak ke atas pekerja pembinaan

Astro Awani
Astro Awani
28/06/2020
08:25 MYT
Sarawak lakukan ujian saringan secara rawak ke atas pekerja pembinaan
Uggah menjalani pemeriksaan suhu badan ketika mengadakan lawatan di sebuah pusat beli-belah di Kuching hari ini. - Foto Astro AWANI.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan menjalankan ujian saringan secara rawak ke atas pekerja tapak pembinaan di negeri itu.
Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas bverkata, ujian saringan secara rawak itu perlu dilakukan sebelum kerajaan negeri memutuskan polisi mewajibkan semua pekerja tapak pembinaan mengambil ujian saringan.
Tegasnya, langkah itu juga susulan beberapa kes positif yang dikesan melibatkan pekerja pembinaan warga asing di Sarawak sejak beberapa hari lalu.
"Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ada meminta kita melihat perkara ini dan memberi fokus kepada tapak pembinaan. Ini Kerana kawasan itu boleh kita kesan COVID-19, denggi dan rabies.
"Kita akan melakukan saringan secara rawak sebelum kita membuat keputusan dan polisi untuk memwajibkan semua pekerja disaring," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan keberkesanan aplikasi COVIDTrace di sebuah pusat beli belah di Kuching pada Ahad.
Tambah Uggah, Abang Johari memandang serius mengenai keselamatan rumah pekerja tapak pembinaan yang dilihat sempit.
"Justeru, beliau (Abang Johari) telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya tampil dengan garis panduan untuk menentukan bahawa rumah pekerja terutama di bawah projek kerajaan dibina dengan mengambil kira penjarakan sosial," katanya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Douglas Uggah Embas
#Kuching
#pekerja tapak pembinaan
#Pengerusi JPBN Sarawak
#Sarawak
#tapak pembinaan
#ujian saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan