BELAGA:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh, Tan Sri James Jemut Masing dan ADUN Belaga, Datuk Liwan Lagang akan dikekalkan bertanding bagi merebut kerusi pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN 12).
Menurut Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, kepimpinan Sarawak harus dibarisi oleh pemimpin yang berwibawa dan penuh kredibiliti.
Jelasnya, sifat-sifat itu ditonjolkan oleh kedua-dua pemimpin tersebut yang terus komited membawa pembangunan kepada rakyat di kawasan mereka.
“Jika saya diberi kuasa untuk mentadbir, pelbagai masalah boleh diselesaikan. Akan tetapi, barisan kepimpinan GPS perlu dikekalkan.
“Ini termasuk ADUN Baleh, Tan Sri James Jemut Masing dan ADUN Belaga, Datuk Liwan Lagang,” katanya.
Malah menurut Abang Johari, sekiranya diberikan peluang memegang mandat rakyat bagi penggal yang seterusnya, GPS di bawah kepimpinan beliau akan terus komited dalam membangunkan keperluan serta kebajikan rakyat.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Tebingan Belaga dan pecah tanah Masjid Daerah Belaga pada Sabtu.
Untuk rekod, pada PRN Ke-11 yang lalu, James Masing telah menewaskan satu-satunya lawan beliau, Agop Linsong dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) dengan majoriti 4,793 undi.
Manakala Liwan pula menang dengan majoriti 2,928 undi menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ali Basah Kesing.
Astro Awani
Sat Oct 17 2020

Kata Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, mandat tetap akan diserahkan kepada rakyat menjelang PRN ke-12 akan datang untuk memilih barisan kepimpinan Bumi Kenyalang. -Gambar Astro AWANI

Thaipusam: Pergerakan pedati Perak P.Pinang diluluskan MKN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bertindak menjaga keamanan bagi memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku sepanjang pergerakan ke Kuil Nattukottai Chettiar, di Jalan Air Terjun di sini.

Orang ramai diminta tidak menjerat babi hutan elak ia bertindak ganas
Sesiapa yang mengesan kehadiran babi hutan di sesuatu kawasan perlu membuat aduan kepada pihaknya untuk tindakan lanjut.

COVID-19: Angka korban seluruh dunia kini lepasi 2.16 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 427,000 kes.

Tambahan bot pemintas, peronda bantu mantapkan tugas APMM di perairan Perak
Bot pemintas Benteng 1206 diterima APMM Perak bulan lepas manakala bot peronda Perkasa 1223 pada awal tahun ini.

COVID: Lelaki Malaysia antara tiga kes import baharu bergejala di Singapura
Dilabelkan sebagai Kes 59676, pemegang permit kerja itu tiba di sini dari negara asalnya.

Jelajah dunia akhir: Nasib berbeza buat pemain negara
Zii Jia yang menduduki ranking ke-10 dunia, bangkit dari kekalahan 16-21 pada set pertama untuk mengikat kedudukan dengan kemenangan 21-12 pada perlawanan yang berlangsung di Impact Arena, Bangkok.

MBAM minta kerajaan beri subsidi bagi kos berkaitan COVID-19 melibatkan pekerja asing
Ia bertujuan meringankan beban industri pembinaan dan menggalakkan ujian saringan besar-besaran dengan menggunakan peralatan pada harga yang berpatutan.

Kepadatan penduduk antara faktor kes COVID harian tinggi di Selangor
Seluruh penduduk di Selangor harus kekal berdisiplin dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
![[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021) [INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71611767988_infografikjanuari.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021)
KKM memaklumkan terdapat 17 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 15 kluster berkaitan tempat kerja dan 2 kluster komuniti.

ACL 2021 | JDT satu kumpulan dengan Jiangsu, Nagoya Grampus
Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), satu-satunya pasukan mewakili Malaysia dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) akan berentap dalam Kumpulan G selepas keputusan penuh undian diumumkan.

Jadikan kejayaan beberapa negara model laksana PRN Sarawak - Dr Jeniri
Jelas Dr Jeniri Amir, PRN-12 Sarawak tidak dapat dielakkan. Namun, ia boleh dilaksanakan secara selamat dengan mengaplikasi kaedah yang digunakan beberapa negara.

PRN Sarawak tidak boleh dielak, tetap diadakan - Abang Johari
Ini melihat kepada kebolehan Sarawak dalam mengawal pandemik di negeri itu. Namun, masih ada masa sebelum mandatnya berakhir pada Jun 2021.

Sarawak Memilih: GPS kekalkan Masing dan Liwan untuk bertanding
Jelasnya, kedua-dua pemimpin berjiwa besar dan komited dalam membawa pembangunan ke kawasan mereka.

GPS perkenalkan muka baharu dalam PRN ke-12 Sarawak
Namun, jumlah sebenar yang bakal dipertaruhkan belum dapat didedahkan.