KUCHING:Sarawak telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan lesen perbankan digital daripada Bank Negara Malaysia (BNM).
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan syarikat teknologi terkemuka dan bank tempatan yang dipersetujui bagi perbankan tersebut.
Malah, kerajaan negeri katanya sedang membangunkan kemudahan telekomunikasi di seluruh Sarawak bagi memacu inisiatif penubuhan perbankan digital ini.
"Saya melihat impak kewangan kepada pembangunan ekonomi adalah besar. Sehubungan itu, saya dan rakan dalam kabinet sudah menyediakan kemudahan perbankan baharu ini yang diperlukan generasi muda Sarawak.
"Kita menyedari bahawa perbankan digital yang berkesan mesti berdaya tahan, adil dan dinamik. Hal ini akan menjadi prasyarat kerjasama dengan syarikat teknologi terkemuka dan bank tempatan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan Belanjawan Negeri 2021 di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Jumaat.
Dalam model kewangan negeri memacu Sarawak itu, Abang Johari turut mendedahkan penubuhan Bank Pembangunan Sarawak (DBoS) terbukti menjadi platform mampan sebagai pemudah dan mempercepatkan pelaksanaan agenda pembangunan negeri.
"Sarawak bernasib baik kerana telah mewujudkan DBoS pada tahun 2017 untuk memenuhi permintaan sumber kewangan kita yang bersaing.
"Tanpa model inovatif ini, Sarawak tidak akan dapat membangunkan infrastruktur dan kemudahan seperti sekarang," katanya.
Astro Awani
Fri Nov 13 2020
Kerajaan negeri katanya sedang membangunkan kemudahan telekomunikasi di seluruh Sarawak bagi memacu inisiatif penubuhan perbankan digital ini.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
AEON Bank mulakan operasi digital Islam pada suku kedua 2024
AEON Bank bersedia untuk memulakan operasi dan melancarkan aplikasi perbankannya pada akhir suku kedua 2024.
5 trend fintech utama bakal bentuk Malaysia pada 2024
Menurut Fintech News Malaysia, Malaysia dijangka menyaksikan pertumbuhan ketara dalam industri teknologi kewangan atau fintech pada 2024.
Boost Bank terima kebenaran beroperasi mulai 15 Januari
Boost telah menerbitkan sebuah laman sehenti yang berkongsi lanjut mengenai perbankan digital berkenaan.
Moody's jangka pertumbuhan kewangan Islam kukuh Malaysia berterusan 12 hingga 18 bulan akan datang
Sama seperti pasaran Islam utama lain, pertumbuhan bank Islam di Malaysia telah mengatasi pertumbuhan rakan setara konvensional mereka.
Bajet 2023: Tumpu kepada teknologi 5G, keselamatan siber, perbankan digital
Pandemik dan pasca pandemik telah meningkatkan penggunaan digital dan teknologi, trend ini akan berterusan sepanjang tahun 2023.
Bank digital jadikan industri perbankan semakin kompetitif
Azman berkata, kewangan sosial juga bersedia untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam industri.
Kajian Visa dapati 68 peratus PKS Malaysia berminat dalam perbankan digital
Kajian oleh Visa, peneraju dalam pembayaran digital Visa di peringkat dunia mendedahkan bahawa 68 peratus daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dilaporkan berminat dalam perbankan digital.
Bank-bank di Malaysia sedia beralih ke perbankan digital - Kajian Backbase
Sektor perbankan runcit di Malaysia kini sedang membuat persiapan untuk menghadapi persaingan dengan menawarkan pelbagai khidmat digital yang baharu buat para pelanggan.
Maybank lancar aplikasi MAE, mungkin menggantikan M2U
Maybank meningkatkan kemudahan perbankan digital dengan memperkenalkan aplikasi baharu, MAE by Maybank2u
Hong Leong Bank sasarkan pertumbuhan 32 peratus dalam pengguna perbankan digital
Hong Leong Bank Bhd (HLB) mensasarkan pertumbuhan 32 peratus menjelang akhir 2016 dalam jumlah pengguna pangkalan perbankan digitalnya.