KUALA LUMPUR:Sarawak memohon untuk meningkatkan kapasiti ujian saringan COVID-19 hingga 5,000 individu sehari, ujar Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak itu, langkah tersebut diambil untuk memastikan tahap kecekapan dalam usaha menangani COVID-19 berada pada tahap maksima.
Katanya, ketika ini Sarawak hanya mampu menampung 2,400 ujian saringan sehari dan keputusannya hanya dapat diketahui tiga hari selepas ia dijalankan.
"Kalau kita dapat tingkatkan (kapasiti) kepada 5,000 (ujian) satu hari, masa menunggu kita dapat (dipendekkan).
“Kita telah berikan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) kepada JKNS (Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak) untuk mendapatkan keputusan dalam tempoh kurang dari 24 jam. Kalau boleh dalam 12 jam," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Selasa.
Seiiring dengan usaha tersebut, jelas Uggah, kerajaan negeri turut berusaha untuk meningkatkan keupayaan fasiliti kesihatan daerah.
Katanya antara hospital daerah yang dinyatakan adalah hospital Bau, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Kapit dan Limbang.
"Kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan untuk membina sebuah makmal molekul yang baharu di Hospital Limbang. (Dengan adanya makmal ini) kita dapat meningkatkan kapasiti ujian kepada 200 sehari.
"Kalau sudah siap, (sampel ujian) pesakit dari (daerah-daerah) Limbang dan Lawas tidak perlu lagi dibawa ke Miri," tambahnya.
Nickyson Nyambar
Tue Nov 10 2020

SSarawak memohon untuk meningkatkan kapasiti ujian saringan COVID-19 hingga 5,000 individu sehari, ujar Datuk Amar Douglas Uggah Embas. - Gambar fail
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [20 Januari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [20 Januari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/6927816471611102125973/1886346_17223730201611102311789_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [20 Januari 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Hakim Rahman dan Geegee Ahmad.

Hari terakhir Trump di White House
Trump dikatakan masih mempunyai kuasa untuk berbuat demikian sehingga tengah hari Rabu sebelum proses peralihan kuasa di White House berkuat kuasa.

AWANI Ringkas: OPEC optimis pemulihan pasaran 2021 | Iraq tunda pilihan raya ke Oktober
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (8:00AM).

COVID-19 | Kes positif dunia melebihi 95 juta
Jumlah kumulatif kes positif global kini melebihi 95 juta kes. Ia berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

COVID-19 | Panel WHO bentang hasil kajian
Panel khas dilantik Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO, kritik China dan beberapa negara lain. Ini berikutan kegagalan negara terlibat untuk bertindak berhubung penularan awal COVID-19.

COVID-19 | Biden batalkan dekri longgar sekatan perjalanan
Sementara itu Joe Biden dijangka membatalkan dekri terakhir diluluskan Presiden Donald Trump. Ini melibatkan pembatalan sekatan perjalanan bagi pengembara dari Eropah dan Brazil.

Politik Amerika | Trump ucap selamat kepada pentadbiran baharu
Presiden Donald Trump dalam pada itu mengucapkan selamat kepada pentadbiran baharu White House yang akan diterajui Joe Biden bermula hari ini. Dalam video ucapan akhir itu, Trump, Presiden Amerika Syarikat ke-45, berharap Amerika terus kekal makmur di bawah pentadbiran baharu.

COVID-19 | Angka korban global melebihi 2.05 juta
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 2.05 juta kes. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 401 ribu kes.

Kajian Asal Virus | Tiada jawapan dalam masa terdekat
Dalam perkembangan berkaitan, tiada jawapan atau dapatan kajian boleh dijangkakan dalam masa terdekat terhadap penyiasatan pasukan penyelidik antarabangsa yang menjalankan kajian di China. Pasukan yang diketuai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tiba di Wuhan minggu lalu itu, bagi menyiasat dakwaan permulaan wabak itu tercetus.

Politik AS | Senator Republikan kecam Trump secara terbuka
Sementara itu Senator Republikan Mitch Mcconnell secara terang-terangan menyalahkan Presiden Donald Trump atas rusuhan di Capitol. Mcconell mendakwa penyokong Trump dimomokkan dengan pembohongan dan diprovokasi supaya melakukan rusuhan dengan niat membatalkan keputusan Pemilihan Presiden yang berpihak kepada Joe Biden.

Sarawak mohon tingkat kapasiti ujian COVID-19 ke 5,000 sehari
Permohonan ini telah dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN), ini termasuk meningkatkan keupayaan hospital daerah di Sarawak.