MIRI:Dengan nilai RM15.8 bilion, Sarawak menjadi negeri paling banyak menerima Pelaburan Langsung Asing (FDI) dari tempoh Januari sehingga September tahun ini.
Dedah Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, data tersebut dikeluarkan oleh UOB Financial Research and Markets baru-baru ini. Ini sekali gus meletakkan Sarawak di hadapan negeri-negeri lain di Malaysia.
“Kita yang banyak (menerima pelaburan asing) sebab kita stabil, sebab kita mempunyai kerukunan, saling menghormati di antara satu sama lain, politik kita stabil dan kita mempunyai dasar yang inklusif dan kalau ini berlaku, ekonomi kita akan memacu (ke hadapan) dan semuanya akan menerima manfaat,” katanya.
Beliau ketika berucap pada majlis pecah tanah untuk projek pembinaan Pusat Kebudayaan Orang Ulu di sini, hari ini berkata, selain kestabilan politik negeri, ia turut didorong oleh dasar inklusif yang diterapkan kerajaan negeri.
Dalam pada itu, kata Abang Johari, Sarawak kini dalam proses untuk mengkaji kemungkinan menubuhkan dana kekayaan negara bagi memastikan dana negeri itu diurus dengan lebih profesional.
“Saya telah mengarahkan pegawai-pegawai saya untuk mengkaji perkara ini dan kita juga mengambil model (negara) Norway yang mempunyai dana kekayaan daripada sumbernya dan seterusnya untuk masa depan negara Norway,” jelasnya pada majlis yang sama.
Walau bagaimanapun ujarnya, belum ada butiran awal mengenai penubuhan dana ini. Ia masih di peringkat perancangan.
Antara lain, kata beliau, kerajaan negeri turut menjangkakan peningkatan dalam pendapatan negeri itu berikutan kejayaan rundingan dengan syarikat petroleum negara, Petronas dalam penerokaan dan pengeluaran minyak dan gas di Sarawak, selain hasil yang diperolehi daripada penguatkuasaan Cukai Jualan Negeri (SST).
Astro Awani
Tue Dec 15 2020
Abang Johari berkata kerajaan negeri turut menjangkakan peningkatan dalam pendapatannya dalam tahun-tahun akan datang setelah kejayaan rundingan bersama Petronas dan hasil dari cukai SST. - Foto Astro AWANI
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
AWANI Tonight: Batu Puteh RCI: PM dismisses persecution claims against Tun M
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim clarified that the Royal Commission of Inquiry on the Batu Puteh case was not to target Tun Dr. Mahathir Mohamad, noting that the special task force was formed under Datuk Seri Ismail Sabri's administration.
AWANI Tonight: Indonesia’s Prabowo mulls scrapping regional elections to cut costs
Indonesian President Prabowo Subianto suggests doing away with one of the country’s two nationwide elections to cut costs, resembling a model used during the country’s three-decade authoritarian rule.
AWANI Ringkas: Musa Aman bakal TYT Sabah baharu?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
WTCKL sedia ketuai persidangan, pameran antarabangsa
Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur sedia untuk mengetuai penganjuran persidangan dan acara perniagaan antarabangsa seperti Forum Ekonomi Dunia (WEF), Malaysia, Dubai World Expo.
Sarawak negeri paling banyak terima FDI sehingga September 2020
Rekod ini dicatatkan dalam tempoh sembilan bulan pertama bagi 2020.