awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak perlu bangunkan pusat data berpusat untuk pemetaan paip air - Abang Johari

Bernama
Bernama
15/10/2019
19:19 MYT
Sarawak perlu bangunkan pusat data berpusat untuk pemetaan paip air - Abang Johari
Abang Johari berkata ini adalah cara baru untuk negeri ini untuk menguruskan utiliti dan perkhidmatan kepada orang ramai. - Gambar fail/BERNAMA
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mencadangkan supaya pusat data berpusat bagi pemetaan paip dibangunkan untuk menguruskan utiliti di negeri ini terutama di Kuching secara lebih efektif.
Beliau yang mengemukakan idea itu kepada Lembaga Air Kuching (KWB) berkata pusat ini harus merangkumi data bekalan air dan pengagihan.
"Anda mesti menukarkan paip kerana ia telah 60 tahun mungkin lebih daripada itu, jadi anda perlu memasang paip baharu untuk menggantikan paip lama yang boleh menyebabkan kebocoran dan paip baharu ini perlu disimpan dalam data.
"Kemudian, jika anda hendak menggantikannya, anda akan tahu kedudukannya," kata beliau dalam ucapannya pada majlis makan malam ulang tahun ke-60 KWB di sini malam tadi.
Abang Johari berkata ini adalah cara baru untuk negeri ini untuk menguruskan utiliti dan perkhidmatan kepada orang ramai, memandangkan Kuching sedang menuju ke arah menjadi bandar pintar dan dengan itu ia perlu mempunyai pengurusan utiliti pintar.
Abang Johari juga mencadangkan KWB dan juga Kementerian Utiliti untuk mempertimbangkan dan mempunyai pendekatan ke hadapan dalam perkara ini dengan mengambil kira peningkatan penduduk, terutama di Kuching.
"Daripada 60,000 penduduk, penduduk kita kini hampir satu juta dan ini bermakna anda akan mempunyai satu juta pengguna," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abang Johari Tun Openg
#Ketua Menteri Sarawak
#Kuching
#Lembaga Air Kuching
#pemetaan paip
#pusat data berpusat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan