NATIONAL
Sarawak perlu kaji semula rancangan pembangunannya ekoran tarif AS - Abang Johari

Abang Johari mencuba menaiki Vespa ketika menghadiri Rumah Terbuka Kementerian Utiliti dan Komunikasi Sarawak hari ini. - Foto Bernama
KUCHING: Kerajaan Sarawak perlu mengkaji semula rancangan pembangunannya supaya dapat disesuaikan dengan ketidaktentuan global pada masa ini susulan pelan pelaksanaan tarif Amerika Syarikat (AS).
Ringkasan AI
- Kerajaan Sarawak perlu mengkaji semula rancangan pembangunan untuk menyesuaikan dengan ketidaktentuan global akibat pelaksanaan tarif AS.
- Harga minyak yang rendah dan ketidakpastian dalam dasar perdagangan boleh menjejaskan pendapatan negeri.
- Sarawak akan fokus pada pembangunan industri dan memerlukan kerjasama erat antara perkhidmatan awam dan kepimpinan negeri untuk melaksanakan projek dengan cepat.
"Oleh itu, ada impak terhadap kita. Impaknya ialah mungkin menjejaskan pendapatan kita dan keduanya, tidak ada hala tuju yang jelas dalam dasar perdagangan antara negara maju dan negara membangun.
"Sebab itulah, mahu tak mahu kita mengambil perhatian dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ini," katanya dalam ucapan pada Majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran Jabatan Premier Sarawak di sini hari ini.
Menurutnya, Sarawak mempunyai kelebihan terutamanya dalam penyediaan tenaga termasuk tenaga hijau dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global selain telah diiktiraf oleh Forum Ekonomi Dunia sebagai satu pusat pembangunan baharu.
Abang Johari berkata kelebihan yang dimiliki oleh Sarawak ini perlu digabungkan dengan perkhidmatan awam yang bersedia menjadi jentera kerajaan yang berkesan untuk bersama-sama kepimpinan negeri bagi menyesuaikan dengan perubahan yang berlaku sekarang.
Katanya persiapan ini turut berkaitan dengan pelaksanaan program pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 dan Sarawak akan menumpukan kepada beberapa pembangunan industri termasuk infrastruktur, pengilangan, pendigitalan dan makanan.
"Saya meminta agensi yang menyelaraskan pelaksanaan projek untuk turun padang. Selagi projek itu telah diumumkan oleh saya dan rakan-rakan dalam Kabinet serta telah memberikan peruntukan, ia mesti dilaksanakan dengan cepat.
"Untuk melaksanakan ini, kita meminta kerjasama erat antara perkhidmatan awam dan kita (kepimpinan Sarawak) supaya negeri kita lebih maju," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami