awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak peruntuk RM200 juta baik pulih sekolah, klinik daif

Bernama
Bernama
22/06/2024
15:06 MYT
Sarawak peruntuk RM200 juta baik pulih sekolah, klinik daif
Abang Johari berkata, jumlah itu diperuntukkan sebagai inisiatif pembiayaan terlebih dahulu oleh Sarawak bagi projek Persekutuan di negeri ini. - Bernama
KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM200 juta bagi membangunkan semula sekolah dan klinik daif di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata jumlah itu diperuntukkan sebagai inisiatif pembiayaan terlebih dahulu oleh Sarawak bagi projek Persekutuan di negeri ini.
"Sarawak telah sedia peruntukan RM100 juta bagi kerja baik pulih sekolah daif dan RM100 juta lagi untuk klinik daif, ia akan dilaksanakan dalam masa 18 bulan.
"Melalui inisiatif (pembiayaan terlebih dahulu) ini, kita boleh mempercepatkan pelaksanaan projek. Sarawak boleh mendahulukan peruntukan dan kemudian kerajaan Persekutuan akan bayar (semula)," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis makan malam Gawai Dayak peringkat negeri Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini malam ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pemimpin negeri Sarawak yang lain.
Pada 30 Mac lepas, Anwar mengumumkan Sarawak menjadi kerajaan negeri pertama yang membiayai terlebih dahulu projek Persekutuan di negeri itu bagi mempercepatkan pelaksanaannya.
Menurut Anwar kerjasama berkenaan yang bakal melakar sejarah akan bermula dengan pelaksanaan projek Pusat Kanser Sarawak di Kota Samarahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarawak
#pembangunan semula
#sekolah
#klinik
#Abang Johari Tun Openg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan