KUCHING: Sarawak akan menjadi lokasi pilihan utama bagi penganjuran acara besar dalam beberapa tahun akan datang, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Beliau berkata ia berdasarkan kepada pencapaian dan usaha dilaksanakan oleh Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dan Business Events Sarawak (BESarawak) dengan membawa pelbagai acara penting untuk dianjurkan di negeri itu.
"Kedua-dua mereka telah melakukan tugas yang amat baik, mereka telah mendapatkan penganjuran banyak persidangan untuk beberapa tahun akan datang.
"Contohnya, untuk tahun sebelumnya, kita telah berjaya mendapatkan penganjuran Persidangan Air Dunia yang melibatkan 80 negara dengan 10,000 delegasi," katanya kepada Bernama di sini pada Rabu.
Abdul Karim berkata dengan kecekapan Sarawak dalam menganjurkan acara besar, kerajaan negeri akan membina pusat konvensyen lagi bagi menampung keperluan.
"Tahun ini, kita akan mulakan kerja pembinaan pusat itu bersebelahan dengan Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
"Pusat konvensyen baharu itu dapat menampung keselurhan 5,000 delegasi, jadi keseluruhannya 15,000 delegasi. Ini kecekapan dan keyakinan yang kita ada," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif STB Sharzede Shukor berkata terdapat kelainan pada penganjuran Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.
"Ini adalah generasi milenium, generasi baharu memahami apa itu pemeliharaan dan konservasi.
"Ada kelainan, saya tidak mahu dedahkan dahulu kerana menteri akan umumkan ketika pelancarannya nanti. Tunggu hari itu...ada yang menarik," katanya.
Festival Muzik Hutan Sedunia adalah festival muzik tiga hari yang diadakan setiap tahun untuk memperingati kepelbagaian muzik dunia, dengan aktiviti seperti bengkel muzik yang diadakan pada siang hari, pameran kebudayaan, pameran kraftangan, gerai makanan, dan konsert pada sebelah malam di pentas utama di Kampung Budaya Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 17 2024
Sarawak akan menjadi lokasi pilihan utama bagi penganjuran acara besar dalam beberapa tahun akan datang. - Foto fail
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Pertumbuhan saksama: Penglibatan negara maju penting
Tengku Zafrul melihat kerjasama dan penglibatan negara maju sebagai aspek penting dalam membantu membawa kemampanan dan pertumbuhan yang seimbang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Musim haji: Persiap diri, jaga keselamatan dan kesihatan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menasihatkan jemaah agar membuat persiapan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan dengan sebaiknya.
Punca 70 peratus pekerja seluruh dunia berdepan penyakit
Perubahan iklim yang semakin ketara menyebabkan 70 peratus pekerja di seluruh dunia terdedah kepada pelbagai bahaya.
Cabul MRSM: Polis selesai rakam keterangan 14 individu
Polis Kelantan telah memanggil 14 individu untuk memberi keterangan berhubung kes pedofilia yang melibatkan seorang guru di MRSM Tumpat.
Penjawat awam ditahan polis positif dadah
Seramai 11 penjawat awam antara 30 yang ditahan polis kerana positif dadah di sebuah pusat hiburan di Batu Pahat, awal pagi Ahad.
Inspektor ditahan kerja
Seorang Inspektor polis yang ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun, akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Peningkatan kadar sewa bilik hotel bajet akan jejaskan industri pelancongan - Abdul Karim
Rancangan MyBHA untuk menaikkan kadar sewa bilik hotel bajet dalam tempoh tiga bulan lagi akan memberi kesan kepada industri pelancongan.
SUKMA XXI: Sarawak sasar juara keseluruhan acara tinju
Berdasarkan rekod, Sarawak tidak pernah muncul juara acara tinju sejak temasya dwitahunan kebangsaan itu diperkenalkan pada 1986.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak tumpuan pelbagai kaum
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini, menjadi tumpuan masyarakat pelbagai kaum.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
KPDN Sarawak tetapkan 18 barangan harga terkawal sempena Aidilfitri
KPDN Sarawak telah menetapkan sejumlah 18 barangan diwartakan dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) yang berkuat kuasa hari ini.
Jualan pegangan saham Affin Bank kepada Sarawak hanya tunggu kelulusan BNM - Khaled Nordin
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan jumlah pegangan yang akan dilupuskan.
Sistem pengairan titisan CENTEXS bantu tingkatkan SSL beras Sarawak
Teknik ini menyalurkan air terus ke kawasan akar tumbuh-tumbuhan secara perlahan dan terkawal melalui rangkaian tiub, paip dan pemancar.
Projek Kereta Api Trans Borneo: Sarawak belum dimaklumkan secara rasmi - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata beliau hanya mengetahui perkara itu menerusi laporan media baru-baru ini.