KUALA LUMPUR:Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini mengumumkan pertambahan satu kes positif COVID-19 yang dikesan dan didaftarkan di Kuching.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, kes ke-718 ini melibatkan seorang lelaki warga tempatan yang baru tiba dari Kuwait.
Kes dilaporkan bekerja di sana dan pulang ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada 1 Oktober 2020 dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hari sama.
“Kes kemudian meneruskan perjalanan ke Kuching melalui KLIA2 pada sebelah malam dan dilaporkan sudah menjalani ujian saringan di KLIA dan disahkan negatif COVID-19.
“Sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada awal pagi 2 Oktober 2020, kes dimasukkan ke pusat kuarantin hotel untuk menjalani kuarantin wajib selama 14 hari,” kata kenyataan itu.
Bagaimanapun kes didapati positif COVID-19 pada 4 Oktober 2020 selepas menjalani ujian saringan hari kedua semasa tempoh kuarantin.
Kenyataan sama menyebut bahawa kes tidak menunjukkan sebarang simptom jangkitan COVID-19.
Justeru kes telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut pada hari sama dan kes dikategorikan sebagai kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara.
Untuk itu, siasatan lanjut dan pengesanan semua kontak kepada kes ini masih dijalankan.
Syafik Shukri Jalil
Mon Oct 05 2020

Kes dilaporkan bekerja di sana dan pulang ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada 1 Oktober 2020 dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hari sama. FOTO: Astro AWANI

Bicara Anak Muda | Perkasakan institusi semak dan imbang bagi banteras rasuah
Selain COVID-19, ini satu lagi virus yang membimbangkan di negara kita gejala rasuah! Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi Siri Bicara Anak Muda anjuran Majlis Profesor Negara, mendedahkan realiti berhubung gejala rasuah yang beliau alami sewaktu menjadi sebahagian daripada kerajaan selama 22 bulan amat parah, dan memerlukan pendekatan lebih agresif.

Bicara Anak Muda | Rakyat dan pemimpin harus berganding bahu hapuskan budaya rasuah
Seorang lagi panelis Siri Bicara Anak Muda, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berpendapat, biarpun usaha membanteras rasuah perlu dimulakan oleh pemimpin, namun rakyat juga mempunyai peranan yang sama. Ketua Pemuda UMNO itu berkata, dalam usaha menanam sifat integriti, ia perlu bermula di rumah sebagai ketua keluarga, dalam kalangan ahli keluarga, dan seterusnya masyarakat sekeliling.

JAIS benarkan akad nikah berlangsung melalui sidang video
Jabatan Agama Islam Selangor membenarkan Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) yang bertugas di semua masjid pengurusan untuk melaksanakan akad nikah secara sidang video mulai 4 Feb ini.

PdPR: Guna peruntukan tabung SKMM untuk pakej komputer, internet
Peruntukan dari tabung Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) boleh diagihkan pada tahun ini untuk memberi dua juta komputer serta pakej internet percuma untuk setahun kepada murid-murid sekolah yang terpaksa menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akibat pandemik COVID-19, kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

COVID-19: 3,680 jangkitan baharu, tujuh kematian, Johor rekod 1,069 kes
Sebanyak 3,680 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan pada Rabu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara kini sebanyak 191,114 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu terdapat enam kes import yang dilaporkan menerima jangkitan dari luar negara manakala selebihnya merupakan penularan kes tempatan.

Orang Asli | JAKOA rangka pelan jangka panjang PdPR
Rancangan jangka panjang melibatkat PdPR perlu untuk memastikan murid Orang Asli mendapat pendidikan yang sempurna seiring dengan norma baharu.

Golongan B40 | Bantuan komputer riba dipercepatkan ke Februari
Pemberian 150,000 komputer riba oleh syarikat GLC dan GLIC dipercepatkan kepada bulan depan.

PKPD di Penjara Marang dan Pusat Koreksional Dungun esok
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Pusat Transit Tahanan (PTP) melibatkan Blok Pusat Latihan Pegawai Penjara, Zon 2 dan Zon 3 Penjara Marang dan di Pusat Koreksional Dungun serta kuarters kakitangan bermula 28 Januari 2021 sehingga 10 Februari 2021, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

COVID-19: 17 kluster baharu dikenal pasti oleh KKM
Kesemua 17 kluster baharu itu merangkumi 15 kluster tempat kerja dan dua kluster komuniti.

Hanya wakil syarikat perlu hadir ke balai untuk mohon permit - Ketua Polis Sibu
Hanya seorang wakil syarikat atau majikan yang perlu hadir ke balai polis di bahagian Sibu untuk membuat permohonan bagi mendapatkan permit perjalanan kerja.

JAIS benarkan akad nikah berlangsung melalui sidang video
Jabatan Agama Islam Selangor membenarkan Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) yang bertugas di semua masjid pengurusan untuk melaksanakan akad nikah secara sidang video mulai 4 Feb ini.

COVID-19: 17 kluster baharu dikenal pasti oleh KKM
Kesemua 17 kluster baharu itu merangkumi 15 kluster tempat kerja dan dua kluster komuniti.

Hanya wakil syarikat perlu hadir ke balai untuk mohon permit - Ketua Polis Sibu
Hanya seorang wakil syarikat atau majikan yang perlu hadir ke balai polis di bahagian Sibu untuk membuat permohonan bagi mendapatkan permit perjalanan kerja.

COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)
Data dan informasi terkini kes harian COVID-19 di Malaysia

Ujian klinikal fasa-3 di Sarawak lancar ikut protokol
Ujian klinikal fasa-3 vaksin COVID-19 di Sarawak, berjalan lancar mengikut protokol yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

COVID-19: Thailand kerja keras sekat penularan COVID-19 di wilayah Samut Sakhon
Thailand telah memulakan gerakan besar-besaran pengesanan kes aktif selama tiga minggu dalam usahanya memutuskan rantaian penularan COVID-19 di wilayah Samut Sakhon.

Johor catat kes harian tertinggi jadi tumpuan kenyataan media KKM hari ini
Berikut rumusan perkembangan mutakhir pandemik COVID-19 di Malaysia dalam tempoh 24 jam.

COVID-19: 3,680 jangkitan baharu, tujuh kematian, Johor rekod 1,069 kes
Sebanyak 3,680 kes baharu COVID-19 dilaporkan pada Rabu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara kini sebanyak 191,114 kes.

WEF: Sektor swasta pacu pelaburan tenaga bersih - Mustapa
Sektor swasta akan menyokong segala usaha yang dilakukan kerajaan dalam merealisasikan inisiatif itu.

Ambil lebih 9,000 pekerja tempatan, Top Glove hargai bakat anak muda
Inisiatif untuk mengambil 9,000 tenaga tempatan, termasuk lebih 2,000 siswazah yang baru menamatkan pelajaran, adalah sumbangan kecil mereka dalam memajukan ekonomi negara.