awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak tangguh larangan merokok di tempat awam

Bernama
Bernama
01/01/2019
09:26 MYT
Sarawak tangguh larangan merokok di tempat awam
Kerajaan negeri Sarawak menangguhkan larangan merokok di semua premis makan. - Gambar hiasan
Kerajaan negeri Sarawak menangguhkan larangan merokok di semua premis makan yang penguatkuasaannya bermula hari ini di seluruh negara, sementara menunggu keputusan oleh Kabinet negeri, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Dr Sim Kui Hian.
Beliau berkata sungguhpun kerajaan negeri sependapat dengan Kerajaan Persekutuan dalam undang-undang anti merokok, ia mempunyai ordinan kerajaan tempatan sendiri berhubung aktiviti merokok.
Hakikatnya pada dua tahun lepas, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) melaksanakan kempen anti merokok di kopitiam menerusi undang-undang kecil kerajaan tempatan mereka sendiri, tetapi malangnya tidak semua majlis tempatan di Sarawak melakukan perkara sama.
"Elakkan daripada dikelirukan oleh pihak tertentu bahawa kami menghalang undang-undang persekutuan daripada dilaksanakan di negeri ini," kata Kui Hian kepada Bernama di sini pada Selasa.
Beliau difahamkan bahawa Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) di bawah Kementerian Kesihatan akan memanggil pemegang kepentingan terutamanya pengusaha kopitam untuk membincangkan Undang-undang Anti Merokok Persekutuan yang baru diwartakan (24 Dis 2018) dan pelaksanaannya.
Kui Hian berkata satu pertemuan telah diadakan membabitkan JKNS, kementerian beliau, dan Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak pada 28 Dis tentang perkara yang perlu dilakukan Sarawak berhubung pelaksanaan dan isu berkaitan penguatkuasaan larangan itu di pihak majlis tempatan.
Topic Berkaitan
#DBKU
#Dr Sim Kui Hian
#kabinet
#Kementerian Kesihatan
#kerajaan
#kesihatan
#Kuching
#larangan
#merokok
#premis makanan
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan