Kerajaan Sarawak tidak ada rancangan untuk memansuhkan dasar dan peraturan imigresennya demi memelihara keamanan dan keharmonian pelbagai kaum di negeri ini, kata Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.
Katanya dasar imigresen sedia ada merupakan salah satu syarat untuk Sarawak bersama-sama membentuk Malaysia, dan pada masa ini, negeri berkenaan dibanjiri oleh orang luar serta menerima ancaman daripada luar.
Beliau berkata masyarakat Melayu, Cina, Iban, Bidayuh dan Orang Ulu di negeri ini, kini hidup dalam harmoni tanpa timbul pergaduhan berkaitan agama seperti mana berlaku di Semenanjung Malaysia.
"Kita tidak mahu anasir-anasir negatif dari Semenanjung Malaysia sampai di Bumi Kenyalang, itu sebab kita tutup pintu kepada ektremis dan pelampau agama daripada memasuki negeri ini," katanya.
Adenan berkata demikian ketika muncul dalam rancangan khas 'Bersama Ketua Menteri Sarawak' di sebuah stesen televisyen tempatan malam tadi.
Temubual selama sejam itu adalah sempena ulang tahun pertama Adenan sebagai Ketua Menteri Sarawak.
Adenan juga berkata bahawa kerajaan Sarawak bercadang untuk memansuhkan pembayaran tol di seluruh negeri ini.
Beliau, bagaimanapun berkata pada masa ini, kerajaan negeri masih di peringkat rundingan dengan syarikat-syarikat konsesi sama ada menurunkan atau memansuhkan sama sekali bayaran tol tersebut.
Selain itu, katanya kerajaan negeri juga bercadang menurunkan tarif elektrik komersial dan industri di negeri ini, setelah tarif elektrik bagi pengguna domestik di Sarawak diturunkan sebelum ini.
Mengenai kegiatan pembalakan haram di Sarawak, Adenan berkata aktiviti kecurian balak di negeri ini telah berleluasa berikutan pengawasan yang kurang berkesan sebelum ini, sehingga merugikan kerajaan apabila royalti tidak dibayar, manakala hutan turut musnah.
Justeru, beliau berkata Jabatan Hutan Sarawak telah mengambil tindakan tegas dalam menangani kegiatan itu dengan melakukan serbuan setiap hari di kawasan pembalakan, selain tidak memperbaharui dan membatalkan kira-kira 600 lesen pembalakan.
Beliau berkata pengeluaran lesen pembalakan baharu turut dibekukan dan kira-kira 2,000 pegawai Jabatan Hutan negeri dan Perbadanan Hutan Sarawak diberi amaran agar tidak bersekongkol dengan sebarang bentuk kegiatan pembalakan haram.
Dalam pada itu, Adenan sekali lagi menegaskan bahawa tiada siapa berhak menganggap masyarakat Cina sebagai pendatang kerana mereka sudah berada di negara ini, sehingga empat atau lima generasi.
Bernama
Wed Feb 25 2015
ADENAN: Sarawak tidak bercadang memansuhkan dasar dan peraturan imigresennya demi memelihara keamanan dan keharmonian pelbagai kaum di negeri ini.
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.
Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.
Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.
Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.
Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.
GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963
Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.
Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.