awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak tubuh Pusat Perubahan Iklim kawal isu perubahan cuaca dan perdagangan karbon

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
15/03/2023
05:59 MYT
Sarawak tubuh Pusat Perubahan Iklim kawal isu perubahan cuaca dan perdagangan karbon
Jelas Abang Johari, Pusat Perubahan Iklim Sarawak akan menjadikan negeri itu sebagai peneraju dalam soal perubahan cuaca dan perdagangan karbon di rantau ini. - Astro AWANI
KUCHING: Sarawak bercadang menubuhkan Pusat Perubahan Iklim Sarawak (SCCC) untuk melihat secara terperinci dan menguruskan semua perkara berkaitan isu perubahan cuaca dan perdagangan karbon di negeri ini.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ia pendekatan yang signifikan dan komprehensif oleh kerajaan negeri bagi menyelaraskan pengurusan komersial ekonomi hijau
“Pusat Perubahan Iklim Sarawak ini memainkan peranan sebagai sebuah hab pusat untuk menyelaras, mengurus, menyokong dan membentuk garis panduan kesemua inisiatif perubahan iklim dan perdagangan karbon dalam negeri ini.
“Ini akan menjadikan Sarawak sebagai peneraju dalam soal perubahan cuaca dan perdagangan karbon di rantau ini sekaligus menarik minat pelaburan serta bakat tempatan untuk memacu perkembangan ekonomi mapan,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Karbon Asia di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini pada Rabu.
Tambah Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar itu lagi, badan berkanun kerajaan negeri itu turut membantu dalam pembentukan polisi serta perundangan termasuk antara lain bidang tenaga boleh diperbaharui, kecekapan tenaga, dan pengurusan perhutanan mapan.
“Kita perlukan kepimpinan, pakar, dan sumber untuk memastikan rancangan ini dapat direalisasikan, serta memastikan Sarawak terus komited menangani isu kritikal berkaitan perubahan cuaca.
“Dalam masa yang sama Sarawak juga akan terus meneroka dan melaksanakan pelbagai strategi berinovatif untuk mengatasi impak perubahan iklim kepada alam sekitar, ekonomi dan masyarakat,” ujarnya.
Dalam majlis yang sama Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) telah menerima penganugerahan Lesen untuk penyimpanan karbon untuk memulakan peranan strategiknya sebagai pengurus sumber untuk Penangkapan, Penggunaan, dan Penyimpanan Karbon (CCUS) di negeri ini.
Lesen tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTSS) meliputi kawasan di wilayah utara Luconia, luar pesisir Bintulu.
Topic Berkaitan
#Tenaga Boleh Diperbaharui
#Abang Johari Tun Openg
#alam sekitar
#ekonomi hijau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan