awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
Malaysia utamakan pelaburan jangka panjang, berorientasikan nilai dalam mineral kritikal
Rumah Putih rancang sidang kemuncak pertama Lembaga Keamanan pada 19 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#Sarawak56: Tidak mudah hidup zaman penjajah - Dayang Zaharah

Assim Hassan
Assim Hassan
22/07/2019
01:25 MYT
#Sarawak56: Tidak mudah hidup zaman penjajah - Dayang Zaharah
Dayang Zaharah (dua dari kanan) ketika menghadiri program Persatuan Wanita. - Gambar fail
"Saya berpesan kepada anak Sarawak agar tidak lupa akan Hari Kemerdekaan Sarawak pada 22 Julai 1963... ingat jasa-jasa orang terdahulu,".
Itu pesanan ikhlas bekas pemimpin yang pernah berjuang sebelum dan selepas kemerdekaan Sarawak.
Kata Dayang Zaharah Awang Md Salleh, kehidupan tidak mudah pada zaman itu apatah lagi pendidikan dan infrastruktur tidak diutamakan penjajah.
Tidak seperti sekarang, katanya, rakyat Sarawak cukup beruntung apabila dapat nikmati pembangunan dan kemajuan seiring dengan negeri-negeri lain.
"Kita dikongkong oleh penjajah (British). Tiada kemajuan, tiada sekolah... tiada apa-apa.
"Kemudian selepas mereka ada sekolah. Ada sekolah buta huruf untuk orang dewasa di seluruh kampung," katanya.
Minat dan cintakan tanahair menjadikan wanita berusia 81 tahun ini seorang vokal hingga terlibat aktif dalam politik.
Menyingkap kembali pada zaman selepas kemerdekaan itu, Dayang Zaharah memberitahu, bukan semua orang dapat menerima perubahan.
Dayang Zaharah yang ditemui baru-baru ini.
Dayang Zaharah yang ditemui baru-baru ini.
Katanya, mesej dan kempen politik yang dibawa ke segenap pelusuk Miri juga mencabar.
"Pada waktu itu orang tidak faham akan politik. Saya berkempen siang dan malam. Saya Ketua PBB (parti) Miri pada waktu itu," katanya yang bersara pada tahun 1974.
Besar harapan Dayang Zaharah untuk melihat negeri tercinta terus dilimpahi rahmat dan keharmonian hidup berbilang kaum.
Topic Berkaitan
#Dayang Zaharah
#Hari Kemerdekaan Sarawak
#Kemerdekaan Sarawak
#pemimpin Sarawak
#penjajah
#Sarawak56
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan