awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saringan bergilir: KPM bekalkan kit ujian kendiri COVID-19 ke sekolah rendah

Astro Awani
Astro Awani
27/11/2021
12:52 MYT
Saringan bergilir: KPM bekalkan kit ujian kendiri COVID-19 ke sekolah rendah
KPM dalam satu kenyataan memaklumkan, saringan bergilir itu perlu dilaksanakan pada setiap Rabu iaitu pada hari persekolahan. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan telah membekalkan kit ujian kendiri COVID-19 ke sekolah rendah bagi memastikan ujian saringan dapat dilaksanakan seperti mana tatacara pelaksanaannya.
Surat pemakluman akan dikeluarkan berhubung pelaksanaan saringan bergilir COVID-19 untuk murid sekolah rendah.
KPM dalam satu kenyataan memaklumkan, saringan bergilir itu perlu dilaksanakan pada setiap Rabu iaitu pada hari persekolahan.
Saranan Kementerian Kesihatan berkaitan saringan bergilir COVID-19 bagi murid sekolah rendah akan dilaksanakan dengan 10 peratus sampel secara mingguan dengan kaedah penggiliran.
Ia selaras strategi pengujian COVID-19 kebangsaan yang telah ditetapkan KKM.
Dalam pada itu, KPM juga menyaran agar ketetapan ini turut terpakai di semua sekolah rendah institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawahnya.
Pada Jumaat, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan keperluan untuk sekolah rendah melaksanakan ujian berkenaan membabitkan 10 peratus murid setiap minggu secara bergilir.
Langkah tersebut adalah sebahagian daripada strategi saringan kebangsaan yang bermula pada 29 Oktober.
Topic Berkaitan
#KPM
#kit ujian kendiri
#COVID-19
#sekolah rendah
#ujian saringan
#Kementerian Pendidikan
#KKM
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan