KUALA LUMPUR:Saringan COVID-19 yang perlu dijalankan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum memberi bantuan kepada mangsa banjir memberi lebih keyakinan kepada petugas berkenaan dalam isu keselamatan mengelakkan penularan pandemik.
Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris menjelaskan, ia pemangkin kepada lebih banyak NGO turun padang memberi bantuan di kawasan yang ditimpa bencana.
Tegasnya, ia sekali gus mendidik semua pihak agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tidak langsung bersama melandaikan lekuk COVID-19.
"Kerajaan perlu mengiktiraf usaha NGO dari zon merah yang ingin memberi bantuan atau sumbangan termasuk memberikan kemudahan ujian saringan COVID-19 percuma kepada mereka dengan menyediakan pusat sehenti di pintu-pintu masuk negeri bagi menyekat penularan wabak.
"Ujian saringan wajar diberikan secara percuma memandangkan NGO-NGO ini melakukan aktiviti kemasyarakatan dengan menyumbang tenaga dan wang ringgit tanpa mengharapkan sebarang ganjaran," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
BACA: NGO dinasihat buat saringan COVID-19 sebelum bantu mangsa banjir - Ismail Sabri
BACA: Hantar bantuan banjir perlu kebenaran polis, digalakkan jalani saringan - Ismail Sabri
Nazlan menzahirkan penghargaan kepada MyRaudhah di atas inisiatif dan usaha murni pertubuhan itu dalam meringankan beban mangsa banjir khususnya di kawasan pedalaman.
"Saya amat berbangga dengan MyRaudhah yang sangat proaktif dengan mewajibkan semua sukarelawan yang terlibat untuk menjalani ujian saringan sebelum turun padang bagi menyekat penularan wabak ini.
"Cabaran sebenar bagi mangsa banjir adalah aktiviti pasca bencana kerana beban kerja yang banyak dan kehadiran NGO amat dialu-alukan bagi meringankan beban mereka," ujarnya.
Dalam pada itu Pengasas MyRaudhah, Datuk Ruhaidini Abd Kadir menzahirkan kesyukuran di atas pelancaran NGO yang disifatkan pertubuhan mesra masyarakat.
"Saya berharap lebih ramai badan-badan korporat dan orang perseorangan tampil memberi sumbangan bagi menjayakan aktiviti kemasyarakatan sebegini.
"Kita juga menyambut baik saranan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menggalakkan petugas NGO atau orang perseorangan membuat saringan COVID-19 sebelum membantu mangsa banjir," jelasnya.
Pada program membersihkan Masjid Kg Kelola, MyRaudhah turut menyampaikan sumbangan wang tunai, lima unit penyembur air tekanan tinggi, telekung, sejadah dan barangan keperluan harian kepada Ahmad Nazlan.
Seramai 40 orang sukarelawan MyRaudah dari ibu negara berkampung selama tiga hari di Temerloh, Pahang untuk membantu membersihkan kediaman, masjid di Taman Sri Semantan, Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja Songsang dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang terjejas akibat banjir di Kampung Bukit Tingkat.
Sukarelawan MyRaudhah turut bergotong royong membersihkan sebuah masjid yang terletak di Kampong Kelola di Mukim Kampung Kelola yang merupakan masjid tertua di tubuhkan di tebing Sungai Pahang.
Astro Awani
Fri Jan 15 2021

Ahman Nazlan (tengah) dan Ruhaidini bersama sukarelawan MyRaudah sebelum melakukan gotong-royong di Masjid Kampung Kelola, Jerantut. - Gambar MyRaudah

Morbidelli letak sasaran lebih tinggi dalam musim ketiga bersama SRT
Pelumba Itali yang mewakili Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) semenjak 2019 itu bertekad untuk menjadi juara apabila kembali mencelapak jentera Yamaha YZR-M.

AWANI Ringkas: Kelulusan daftar bersyarat tiga vaksin | KL sokong perdamaian di Myanmar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (7:00AM).

AWANI Ringkas: Petunjuk ekonomi negara mula catat pemulihan | Penggambaran, operasi pawagam dibenarkan 5 Mac
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (6:00AM).

Arab Saudi wajibkan vaksin COVID-19 ke atas jemaah haji tahun ini
Menteri Kesihatannya berkata ia merupakan antara syarat utama dikenakan kepada jemaah bagi mencegah jangkitan COVID-19.

Dua warga Pakistan ditahan, disyaki bunuh rakan senegara
Siasatan polis mendapati mangsa berhutang beberapa ribu ringgit dengan suspek.

Amerika Syarikat jangka semua warga dewasanya divaksin akhir Mei ini
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menjangkakan semua orang dewasa di negara itu akan menerima suntikan vaksin COVID-19 menjelang akhir Mei ini.

Texas tarik balik arahan pemakaian wajib pelitup muka
Gabenor Greg Abbot mengumumkan untuk menarik balik arahan pemakaian pelitup muka mandatori di Texas yang dilaksanakan susulan jangkitan pandemik COVID-19.

Kerajaan perlu berani adakan sidang Parlimen
Muhammad Fathi tidak menolak kemungkinan berlaku pergolakan politik jika sidang Parlimen dilaksanakan, namun percaya ia memberi ruang kepada proses demokrasi di negara ini.

NCIA bantu pekerja Silverstone yang akan diberhentikan
Program di bawah modal insan adalah untuk membantu pekerja berkenaan mendapat peluang pekerjaan dan nafas baharu dalam kehidupan mereka.

Polis Ipoh minta bantuan orang ramai kesan remaja perempuan hilang
Remaja berkenaan dikenali sebagai Nurain Sarudin yang beralamat di Flat Buntong Harmoni.

Intelek gesa NGO bantu sedia kelas pasca PdPR
Pertubuhan Intelek Wawasan Malaysia (Intelek) menggesa lebih banyak NGO tampil membantu menyediakan kelas kepada pelajar pada fasa pasca pelaksanaan PDPR.

PTPN dirangka untuk lengkapkan Dasar Perpaduan Negara - Halimah
Proses dan gerak kerja pelaksanaan PTPN ini akan melibatkan pelbagai pihak termasuk agensi-agensi kerajaan dan NGO di semua peringkat.

Wakil rakyat, NGO boleh bantu KKM sebar maklumat dan pendaftaran vaksin COVID-19
Mereka dilihat lebih dekat dengan masyarakat tempatan dan memahami selok belok dan rencam di sesebuah kawasan terutama di kawasan pedalaman

Keazaman rakyat kunci kejayaan kepada masyarakat bebas rasuah
Beliau berkata perubahan dalam kerajaan tidak akan menjamin kepimpinan baharu akan mengelak daripada melakukan perbuatan rasuah dan kesalahan lain.

Vaksin COVID-19: Tiada paksaan, aktivis dan NGO jangan takutkan masyarakat - Khairy
Dakwaan seorang aktivis mengatakan Orang Asli menerima paksaan dan bakal dijadikan sebagai tikus makmal adalah tidak benar sama sekali.

Kerajaan pandang serius isu lelaki didakwa murtadkan wanita Islam - Zulkifli
Menurut Zulkifli, kes berkenaan kini dalam siasatan dan tindakan pihak polis.

Buka lebih banyak taska OKU - Rina Harun
KPWKM menggalakkan NGO dan badan-badan swasta untuk membuka lebih banyak taska bagi kanak-kanak OKU di seluruh negara.

Batal diskusi vaksin saat akhir, Amzad berkunjung ke PPIM sambung perbincangan
Pembatalan yang disebabkan urusan tidak dapat dielakkan itu mencetuskan pelbagai tomahan dan tidak kurang yang menyifatkan beliau sengaja tidak hadir kerana mengelak daripada menjawab isu berkenaan.

Pertandingan tiga penjuru PRU-15 rugikan politik Melayu-Islam, kestabilan negara - PINTAR
Analisa senario pertembungan dua atau tiga penjuru ini dibuat setelah mengambilkira situasi politik semasa.

PM lancar Dasar Perpaduan dan Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030
Ia bagi menyokong strategi-strategi dalam Dasar Perpaduan Negara serta menetapkan aspirasi perpaduan yang ingin dicapai dalam tempoh 10 tahun akan datang.