awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NGO dinasihat buat saringan COVID-19 sebelum bantu mangsa banjir - Ismail Sabri

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
10/01/2021
11:00 MYT
NGO dinasihat buat saringan COVID-19 sebelum bantu mangsa banjir - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tiada sebarang kes jangkitan COVID-19 direkodkan melibatkan mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS setakat ini. - Bernama
KEMAMAN:Orang ramai serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) khususnya dari zon merah yang ingin membantu mangsa terjejas banjir disarankan melakukan ujian saringan COVID-19.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, saranan itu bagi mengekang penularan wabak COVID-19 ketika musim banjir.
Beliau percaya selepas banjir, banyak pihak termasuk orang persendirian dan dan NGO akan turun ke kawasan terjejas bagi membantu mangsa banjir termasuk membersihkan rumah mereka.
“Sebaik-baiknya mereka dari zon merah kalau boleh, tidak payah atau tidak perlu datang kerana takut membawa jangkitan... melainkan buat swab test dan negatif sebelum datang.
“Saya nasihatkan NGO-NGO atau sesiapa dari zon merah yang hendak datang ke kawasan hijau elok membuat swab test dahulu kerana saya percaya mereka prihatin dengan nasib mangsa terjejas dengan banjir,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok, Kemaman pada Ahad.
Ismail turut berterima kasih kepada mereka yang banyak membantu dalam menyelamatkan mangsa banjir dan memberikan pelbagai bantuan.
Bagaimanapun, beliau meminta agar NGO yang terlibat untuk menghubungi pusat pengurusan bencana banjir daerah supaya segala bantuan dapat diselaraskan.
Selain itu, ia bagi memudahkan usaha merekodkan maklumat terperinci mereka yang terlibat untuk penghantaran barangan dan mudah untuk dikesan sekiranya berlaku sebarang kejadian.
Dalam pada itu katanya, tiada sebarang kes jangkitan COVID-19 direkodkan melibatkan mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS setakat ini.
Jelasnya, menerusi pemantauan yang dilakukan mangsa yang dipindahkan ke PPS patuh terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Topic Berkaitan
#NGO
#SOP
#PPS
#operasi
#kes positif
#COVID-19
#mangsa
#Ismail Sabri
#zon merah
#mangsa banjir
#swab test
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan