awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saringan HIV, kursus praperkahwinan buat pasangan bukan Islam

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
17/12/2018
08:57 MYT
Saringan HIV, kursus praperkahwinan buat pasangan bukan Islam
DR WAN AZIZAH: Perkara ini boleh dipertimbangkan bersama-sama Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan. -Gambar fail
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan bersetuju mempertimbangkan undang-undang mewajibkan saringan HIV dan kursus praperkahwinan buat bakal pengantin bukan Islam.
Katanya, ketika menjawab soalan Senator Tuan Aknan Ehtook di Dewan Negara, pertimbangan itu melibatkan tiga kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Kewangan.
“Pengantin bukan Islam berkahwin mengikut undang-undang sivil. Buat masa ini, tiada peruntukan mewajibkan untuk menjalani ujian HIV sebelum mereka berkahwin.
"Perkara ini boleh dipertimbangkan bersama-sama Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan.
“Pada masa sama, sebahagian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak mendapat kesepakatan untuk mewajibkan kursus perkahwinan secara seragam mengikut pelbagai badan agama,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Usaha berkenaan juga masih diteruskan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menerusi program rintis di Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Tambah Dr Wan Azizah, cadangan awal akan dimulakan dengan mengkaji kandungan kursus praperkahwinan dari dua hari kepada separuh hari sahaja dan latihan diberikan kepada pelatih NGO yang berkelayakan.
Sebelum ini, ujian saringan HIV dan kursus pra perkahwinan hanya diwajibkan kepada bakal pengantin yang beragama Islam.
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#HIV
#kursus pra perkahwinan
#perkahwinan
#saringan HIV
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan