awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarjan polis didenda RM3,000 terima rasuah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
29/05/2023
04:52 MYT
Sarjan polis didenda RM3,000 terima rasuah
Tertuduh, Muhamad Fitry Ismail (tengah) didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini, selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan menerima rasuah RM1,500, tiga tahun lalu. - Gambar Astro AWANI
ALOR SETAR: Seorang anggota polis berpangkat sarjan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini, selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan menerima rasuah RM1,500, tiga tahun lalu.
Tertuduh, Muhamad Fitry Ismail, 32, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.
Hakim kemudian memerintahkan denda dibayar serta-merta sepenuhnya, dengan tertuduh diarah menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal berbuat demikian.
Mengikut pertuduhan, Muhamad Fitry melakukan kesalahan itu di pintu masuk utama ibu pejabat polis daerah Kubang Pasu pada 11.34 malam pada 11 November 2020.
Dia menerima rasuah berjumlah RM1,500 daripada seorang lelaki yang mengetahui tindakan sedemikian berpotensi mempengaruhi tugas dan tanggungjawab rasmi polisnya.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rehab Abdul Shukur pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Tertuduh diwakili peguam Mohd Khairul Hafizuddin Ramli.
Tertuduh kemudian membayar denda yang ditetapkan.
Topic Berkaitan
#Rasuah
#sarjan polis didenda
#Mahkamah Sesyen Alor Setar
#mengaku bersalah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan