KUALA NERUS: Kerajaan akan memastikan sasaran 200,000 suntikan vaksin COVID-19 sehari dapat dicapai pada akhir Julai depan sekali gus memendekkan tempoh menunggu dalam kalangan pemohon yang sudah lama berdaftar melalui aplikasi MySejahtera.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata fokus kerajaan ketika ini ialah meningkatkan jumlah kuantiti suntikan harian melalui pelbagai strategi termasuk mewujudkan lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan menambah tenaga kerja terutama vaksinator.
"Sasaran pada Jun telah dapat dicapai iaitu 150,000 suntikan sehari dan fokus seterusnya ialah 200,000 suntikan sehari pada Julai...ada cadangan untuk PPV beroperasi selama 24 jam sehari namun ini perlu diperhalusi kerana petugas juga perlu berehat.
"Sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dimulakan pada Februari, seramai 4.3 juta penduduk telah divaksin dan jumlah itu masih jauh daripada sasaran 80 peratus imuniti kelompok (26.5 juta penduduk) di Malaysia dan pelbagai usaha sedang kami jalankan untuk meningkatkan jumlah suntikan harian seperti yang disasarkan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau proses pemberian vaksin di PPV Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus dan Naib Canselor UniSZA Prof Dato Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan.
UniSZA adalah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pertama di Terengganu yang dijadikan PPV melalui kerjasama Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dan Kementerian Pengajian Tinggi.
Ahmad Amzad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata langkah menjadikan sebanyak 19 IPTA di seluruh negara sebagai PPV dengan sasaran 430,000 suntikan sebulan juga akan membantu kerajaan memendekkan tempoh menunggu pemohon sedia ada sekali gus mencapai sasaran 80 peratus imuniti kelompok pada akhir tahun ini.
Dalam pada itu, beliau turut memuji kecekapan anggota kesihatan di Terengganu yang berjaya menjalankan program pemvaksinan dengan sangat cemerlang iaitu 92.8 peratus kadar penggunaan vaksin yang dibekalkan.
"Kadar penggunaan vaksin ini adalah yang tertinggi dalam negara iaitu daripada jumlah keseluruhan 183,700 dos dibekalkan kepada Terengganu, sebanyak 92.8 peratus telah digunakan dan kini ia berbaki 13,239 dos sahaja," katanya.
Sementara itu, Hassan Basri berkata seramai 39,000 penduduk sekitar Kuala Nerus akan menerima vaksin dalam tempoh sebulan melalui PPV universiti itu dengan sasaran minima 1,000 suntikan sehari.
"Pemberian vaksin kepada orang ramai secara pandu lalu turut dirancang bagi kes tertentu seperti Orang Kurang Upaya dengan sasaran 300 orang setiap sesi.
"Bagi menyokong usaha ini, seramai 350 kakitangan UniSZA digerakkan terdiri daripada petugas barisan hadapan dan sukarelawan dalam kalangan staf dan pelajar serta alumni yang telah berdaftar," katanya yang bercadang turut mengadakan program outreach untuk memberi suntikan kepada penduduk kampung di kawasan pedalaman di Terengganu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 13 2021
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ahmad Amzad Hashim (kiri) meninjau proses pemberian vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini. - Foto BERNAMA
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Pemilik haiwan peliharaan di Sarawak digesa dapatkan vaksin rabies
Situasi wabak rabies di Sarawak ketika ini agak membimbangkan justeru usaha pencegahan perlu dibuat secara teratur.
China laksana pelan vaksinasi baharu COVID-19 untuk kumpulan penting
Inokulasi vaksin yang berkesan terhadap subvarian XBB yang sangat kebal bakal dilaksanakan bagi menghadapi musim luruh dan musim sejuk akan datang.
AS mansuh mandat vaksinasi COVID-19 pekerja persekutuan dan pengembara asing bermula 11 Mei
Langkah serupa turut terpakai kepada pengembara asing yang memasuki Amerika Syarikat melalui pelabuhan darat dan terminal feri.
COVID-19: Jepun tarik semula beberapa SOP mulai hari ini
Kesemua pengembara yang mempunyai simptom masih perlu melakukan ujian COVID-19 selepas tiba di negara itu sehingga 8 Mei.
Vietnam kemas kini pemakaian pelitup muka di tempat awam susulan kes COVID-19 meningkat
Hanoi mengemas kini panduan COVID-19 dengan meminta orang ramai memakai pelitup muka di tempat awam ketika jumlah jangkitan COVID-19 meningkat, lapor Xinhua memetik akhbar tempatan pada Rabu.
Lubnan lancar kempen vaksinasi untuk tangani taun
Wabak taun yang berlaku ketika ini mencerminkan kemerosotan ekonomi dan akses yang lemah kepada air bersih dan perkhidmatan sanitasi.
Mumbai laksana pemantauan pintu ke pintu ekoran kes demam campak
Bulan lepas, tiga kanak-kanak berumur di bawah lima tahun meninggal dunia dalam tempoh 48 jam.
Cacar monyet: Itali mulakan kempen vaksinasi
Perangkaan oleh Kementerian Kesihatan mendedahkan, Itali melaporkan 545 kes cacar monyet.
COVID-19: Golongan kurang daya tahan imun sederhana, teruk dicadang terima dos ketiga - Khairy
Cadangan telah dibuat berdasarkan situasi semasa mengenai tahap keberkesanan vaksin dalam kalangan remaja yang berisiko tinggi.
Thailand mansuh pendaftaran pra-ketibaan
Mulai 1 Julai, pengembara tidak perlu lagi memohon Pas Thailand dan membeli insurans COVID-19 sebelum masuk ke negara itu.