SAYA ingin berkongsi rutin pada satu hari di tahun 2013. Sebagai individu yang bertanggungjawab dengan sebahagian proses pengumpulan berita, pada satu hari itu _ Jumaat, 15 Februari, 2013, bahan mengenai asteroid yang menghampiri bumi dicari untuk tujuan siaran kepada khalayak. Nama asteroid itu, 2012 DA-14, dikatakan berada pada kedudukan paling dekat dengan bumi iaitu 27,800 kilometer.
Hari itu, 15 Februari 2013, saya juga menonton filem, tajuknya Armageddon. Secara ringkas, filem lakonan Ben Affleck dan Bruce Willis itu adalah tentang asteroid dan ramalan hari pengakhiran.
Walaupun berkali-kali sudah menontonnya, saya tidak pernah jemu di hadapan kaca televisyen selama 90 minit, barangkali kerana latar ceritanya di lapis yang lain adalah mengenai sains _juga menjadi minat saya sebenarnya.
15 Februari 2013, jam 8.45 malam : Semasa bersolat Isyak sendirian, entah kenapa saya memilih untuk membaca ayat al-Quran dari Surah Al-Infitar. Antara lain ayat 1 hingga 3 itu menceritakan mengenai peristiwa asteroid, tetapi disebut hujan batu sebagai terjemahannya. Intisari dalam surah itu antara lain menceritakan bagaimana langit terbelah dan bintang-bintang berguguran apabila kiamat nanti.
Hari tersebut juga, tarikh 15 Februari 2013, di mana tidur saya terjaga dengan laporan mengenai meteor terhempas di kawasan pergunungan Ural, di Rusia. Waktu itu, jam menunjukkan 3:45 pagi. Wah, hari saya dari pagi sehingga awal pagi berikutnya dipenuhi dengan cerita asteroid dan meteor.
Peristiwa-peristiwa yang mengisi hari saya pada tarikh tersebut, segera menghantar saya kepada beberapa waktu sebelum ini. Antaranya, pada 1908, apabila asteroid terhempas di Rusia sehingga menghapuskan jutaan pokok seluas 2,100 kilometerpersegi atau tiga kali saiz Singapura. Jangan dilupakan, 65 juta tahun lalu, meteor melupuskan dinosaur dari muka bumi ini.
Ada yang bertanya, meteor atau tahi bintang atau asteroid itu perkara yang sama atau berbeza? Penjelasan di laman sesawang Angkasa dapat diringkaskan begini. Tahi bintang menghujani Bumi setiap hari dan saiz tahi bintang itu biasanya sebesar guli. Di angkasa lepas, terdapat dua jenis tahi bintang, komet dan asteroid yang berlegar dalam orbitnya tersendiri. Biasanya asteroid setakat batu, manakala komet pula bersalut ais dan kompaun organik. Apabila komet atau asteroid berpecah, serpihannya dipanggil meteoroid. Jika masuk ke atmosfera bumi dan terbakar ia digelar meteor.
Apa yang berlaku di Rusia pada pagi 15 Februari 2013 ialah gumpalan asap dan cahaya sebelum ia terhempas di sebuah tasik dan membentuk kawah besar. Maka, ia dipanggil hentaman meteor. Tetapi meteor juga disebut tahi bintang di kalangan mereka yang mencintai bahasa, kerana meteor itu diambil daripada perkataan Bahasa Inggeris. Insiden di Rusia itu juga menyamai apa yang disebut dalam al-Quran, surah Al-Infitar iaitu tentang keguguran bintang dari langit. Lebih 1,000 orang cedera akibat kesan hentaman tahi bintang tersebut. Beratnya ialah 11 tan dan masuk ke atmosfera bumi dengan kelajuan 54,000 kilometer sejam. Ia berkecai kira-kira 30 hingga 50 kilometer dari bumi.
Sementara asteroid _ 2012 DA-14 semasa perjalanannya di orbit, tidak menghentam Bumi. Ia melintasi Bumi tanpa ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Tetapi saiznya cukup besar, sebesar separuh padang bola sepak. Semasa menghampiri Bumi, pada tarikh 15 Februari 2013 itu, ia berada pada kedudukan paling dekat dengan Bumi, iaitu 27,800 kilometer sahaja. Selepas ini, asteroid yang paling hampir dengan Bumi ialah Apophis iaitu pada 2029. Bayangkan kalau asteroid sebesar separuh padang bola sepak melanggar Bumi semasa ia membuat pusingannya. Sudah pasti kesannya cukup besar sehingga boleh digelar malapetaka.
Umat Islam wajib percaya bahawa hari Kiamat itu pasti tiba, hanya tarikhnya menjadi rahsia Allah. Sains telah banyak membantu manusia dalam mengesan lebih awal bencana-bencana yang menimpa dengan menguasai ilmu. Pembikin filem Hollywood khususnya percaya bahawa dunia ini akan musnah, sebab itu lahirnya cerita seperti Armegeddon dan The Day The Earth Stood Still dan beberapa judul lain lagi. Disebabkan percaya bahawa dunia ini akan musnah, mereka mencari dunia lain _ Marikh misalnya. Amerika Syarikat sudah memacakkan benderanya di Marikh apabila robot peninjau Curiosity berjaya mendarat dan menghantar imej tahun 2011. Kita sudah tahu siapa yang akan kekal berkuasa seandainya bumi ini ranap, tetapi bukan Kiamat.
Dr Azlinariah Abdullah
Mon Feb 18 2013
YTL umum Model Bahasa Raya 'Ilmu', terajui model lain dalam bahasa Malaysia
Melalui laman rasmi, Ilmu 0.1 turut dikatakan telah melepasi ujian PT3 dan juga SPM dalam bahasa Melayu.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
Satu Hari di Tahun 2013
Hari itu, 15 Februari 2013, saya juga menonton filem, tajuknya Armageddon. Secara ringkas, filem lakonan Ben Affleck dan Bruce Willis itu adalah tentang asteroid dan ramalan hari pengakhiran.