Anak yang soleh menjadi penyejuk hati, apatah lagi bila mereka sendiri menjadi penggerak mencetuskan rancangan menunaikan Haji sebagai satu keluarga.
Itulah titik tolak bagi Hashim Bachek, seorang jururunding Industri Petroleum dan Gas mendaftar seluruh keluarganya pada 2006 untuk menunaikan Fardhu Haji.
Doa mereka dimakbul apabila mereka bertujuh sekeluarga, dijemput menjadi tetamu Allah pada musim Haji ini.
Sebelum ini, Hashim bersama isteri dan ibu-bapa kandungnya sendiri telah menunaikan haji dan ketika itulah anaknya yang kedua, Muzakkir menanyakan bila pula mereka hendak pergi Haji bersama.
Tersentak dengan permintaan itu, Hashim terus mendaftar kesemua anak-anak bersama mertuanya pada 2006.
Keinginan ke tanah suci anak-anaknya ditanam awal dan mereka dilatih dari kecil untuk menabung dengan setiap sen yang terkumpul di simpan dalam akaun Tabung Haji.
Menurut ibu mereka Rosnah Saleh, 45, seorang guru, semangat cintakan Allah dan Rasulullah berjaya disemai dalam jiwa anak-anaknya.
Untuk musim Haji ini, anak perempuan bongsu mereka yang masih kecil tidak dibawa bersama.
Bagi anak lelaki bongsu Amirulhasan, 16, keinginan untuk datang ke Makkah tersemai setiap kali ternampak gambar Kaabah Samaada di dada akhbar mahupun di kaca televisyen.
Sebagai pelajar cemerlang di tingkatan empat, Amirul rela bercuti hampir sebulan lebih kerana yakin dengan barakah pada kerja ibadat yang dilakukan.
Selain dari mengharapkan Haji Mabrur, Hashim, isterinya Rosnah, kedua mertuanya dan ketiga anak lelakinya sudah tentu akan mendapat pengukuhan talian kekeluargaan yang lebih erat apabila mereka pulang ke tanah air kelak.
Usaha untuk mengerjakan Haji dengan sempurna memerlukan ketahanan diri dan kemampuan fizikal yang tinggi.
Dengan adanya sokongan dan bantuan dari kaum keluarga, usaha ini menjadi sedikit lebih mudah.
Tiada ibadat yang lebih dituntut selain bantu-membantu sesama keluarga.