JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat berkurang kepada 343 orang setakat 8 malam ini berbanding 369 orang petang tadi susulan penutupan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Agama (SA) Seri Bertam di daerah itu.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan PPS itu, yang dibuka sejak 2 Mac lepas bagi menempatkan penduduk dari Kampung Haji Kamisan, Taman Selatan, Kampung Parit Lapis Terus dan Kampung Haji Mian, ditutup pada 6 petang tadi.
Empat lagi PPS menempatkan 87 keluarga masih beroperasi iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Medan (156 orang), Dewan Orang Ramai Yong Peng (114 orang), SA Seri Comel (54 orang) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hua Min (19 orang).
"Kawasan Dewan Undangan Negeri di daerah itu yang masih terjejas banjir adalah Sri Medan, Yong Peng, Parit Yaani dan Senggarang," menurut jawatankuasa itu dalam kenyataan malam ini.
JPBN turut memaklumkan Sungai Bekok di Empangan Bekok masih berada di paras amaran dengan bacaan 18.98 meter, manakala cuaca di kesemua 10 daerah di negeri ini dilaporkan mendung pada malam ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 24 2023

Empat lagi PPS menempatkan 87 keluarga masih beroperasi iaitu SK Seri Medan (156 orang), Dewan Orang Ramai Yong Peng (114 orang), SA Seri Comel (54 orang) dan SJKC Hua Min (19 orang). - Gambar fail

MAHB kekal untung selepas merekodkan untung bersih suku pertama RM58.19 juta
MAHB catat untung bersih RM58.19 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2023 berbanding kerugian RM104.76 juta pada suku yang sama sebelumnya.

Hanya 35 peratus suri rumah mencarum perlindungan bawah SKSSR - Sivakumar
Hanya 35 peratus atau seramai 176,883 suri rumah mendapat perlindungan di bawah SKSSR setakat Isnin, berbanding sasaran 500,000 suri rumah yang ditetapkan Kementerian Sumber Manusia pada tahun ini.

Negeri Sembilan perlu perluas sektor pertanian, penternakan moden untuk rancakkan ekonomi - Rafizi
Kerajaan Negeri Sembilan digesa memperluaskan sektor pertanian dan penternakan modennya bagi merancakkan lagi ekonomi negeri sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

Program NTIS jana jualan RM51.8 juta dalam tempoh dua tahun - MOSTI
NTIS berjaya menjana hasil jualan sebanyak RM51.8 juta melalui pengkomersialan 24 inovasi dalam tempoh dua tahun.

KPT pelawa pemain industri kerjasama dengan IPT rangka program TVET terbaik
KPT menjemput semua pemain industri untuk bekerjasama dengan IPT, untuk merangka program TVET yang terbaik pada masa akan datang.

Malaysia antara negara terbaik bagi industri EV - EVAM
Malaysia antara negara terbaik bagi industri kenderaan elektrik kerana mempunyai kepakaran yang sesuai untuk pelaburan dan eksport.

KPDN jamin bekalan gula Aidiladha mencukupi
KPDN arah dua kilang terbesar negara iaitu CSR dan MSM keluarkan bekalan gula pasir kasar dan halus seperti biasa untuk diagihkan kepada pemborong.

MITI saran rakan IPEF bangunkan integrasi vertikal rantaian bekalan
MITI menyarankan rakan IPEF berusaha ke arah integrasi vertikal rantaian bekalan bagi pertumbuhan holistik dan progresif untuk semua.

MIDA sasar pelaburan RM134 juta bagi industri aeroangkasa menjelang akhir 2023
Potensi pelaburan bagi projek-projek ini dianggarkan kira-kira RM900 juta dalam tempoh tiga tahun hingga lima tahun akan datang.

Indonesia bincang tindakan segera banteras jenayah pemerdagangan manusia
Presiden Joko Widodo menggesa penguatkuasa undang-undang dan agensi berkaitan supaya mengambil tindakan segera mencegah dan memberantas jenayah pemerdagangan manusia.

Insurans Rahmah: KPDN bina pangkalan data mangsa banjir lebih sistematik
Ia akan meyakinkan syarikat insurans terkemuka negara untuk tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di seluruh negara.

Subsidi minyak masak: Peniaga kecil disaran daftar perniagaan - Fuziah
Langkah itu bagi memastikan golongan yang sememangnya layak menikmati subsidi menerima manfaat tersebut.

PLSB Sungai Golok: Kelantan beri subsidi rumah sewa RM300 kepada mangsa banjir
Kerajaan Kelantan menyediakan Subsidi Rumah Sewa sebanyak RM300 selama enam bulan kepada mangsa banjir termenung di kawasan yang terkesan akibat PLSB Sungai Golok.

Mangsa banjir Kanowit di Ngungun kembali ke rumah panjang
Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, susulan penutupan PPS tersebut, tiada PPS yang aktif pada masa ini.

Mangsa banjir di Perak tinggal 8 orang di PPS
Cuaca baik sejak awal pagi menyaksikan situasi banjir di Daerah Larut Matang Selama (LMS) semakin pulih, dengan tiga daripada empat pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup hari ini.

Banjir kilat: Dua kampung di Kamunting dinaiki air, sebuah PPS dibuka
PPS dibuka di Dewan Orang Ramai Sungai Relong bagi menempatkan mangsa dari Kampung Sungai Relong dan Kampung Baru Batu 5 pada 9.12 malam.

Dua PPS ditutup, mangsa banjir di Batu Pahat 141 orang
Dua PPS itu ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Hua Min dan Sekolah Agama (SA) Seri Comel.

Satu PPS ditutup, mangsa banjir di Batu Pahat berkurang
Kawasan Dewan Undangan Negeri di daerah itu yang masih terjejas banjir adalah Sri Medan, Yong Peng, Parit Yaani dan Senggarang.

Mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 369 orang
50 mangsa yang ditempatkan di PPS SK Seri Medan dan Dewan Orang Ramai Yong Peng dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang
Situasi banjir di daerah ini semakin menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa terus menurun kepada 444 orang pada 4 petang ini berbanding 967 orang yang direkodkan pagi tadi.