awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu representasi PU Azman ditolak, hafal satu juzuk al-Quran di penjara

Sinar Harian
Sinar Harian
27/11/2024
07:40 MYT
Satu representasi PU Azman ditolak, hafal satu juzuk al-Quran di penjara
PU Azman dimasukkan ke Penjara Kajang pada 27 September lalu bagi menjalani hukuman 24 tahun penjara dan dua sebatan. - Gambar fail
SEREMBAN: Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak satu daripada dua representasi yang dikemukakan oleh penceramah selebriti, Azman Syah Alias atau PU Azman berkaitan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Seremban.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Adzmi ketika sebutan kes di hadapan Hakim, Datin Surita Budin pada Rabu.
Rasyidah Murni berkata, representasi melibatkan mangsa lelaki berusia 17 tahun ditolak AGC dan akan diteruskan untuk perbicaraan dengan pertuduhan asal, manakala representasi bagi mangsa lelaki berusia 16 tahun 10 bulan telah diterima.
Pada prosiding yang berlangsung, peguam Mohamad Zahid Ahmad dan Fahmi Adilah yang mewakili PU Azman, 43, memohon tarikh singkat kepada mahkamah bagi berbincang dengan anak guam mengenai pendiriannya berhubung keputusan representasi tersebut.
Pihak pendakwaan turut diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni dan Nurul Balkis Zunaidi.
Mahkamah kemudian menetapkan 17 Disember depan untuk sebutan bagi status kes tertuduh di Penjara Kajang.
Dalam pada itu, Mohamad Zahid ketika ditemui di luar mahkamah berkata, beliau tidak dapat mendedahkan secara terperinci keputusan representasi kerana tidak mahu mendahului mahkamah dan mahu merujuk kepada anak guam.
Beliau turut berkongsi perkembangan terbaharu PU Azman yang berada dalam keadaan sihat di Penjara Kajang.
"PU Azman pesan supaya doakan dia. Alhamdulillah dia (PU Azman) okay di Penjara Kajang dan hikmah di sebaliknya dia maklumkan sudah hafal satu juzuk di sana," katanya.
PU Azman dimasukkan ke Penjara Kajang pada 27 September lalu bagi menjalani hukuman 24 tahun penjara dan dua sebatan.
Mahkamah Sesyen Klang menjatuhkan hukuman itu terhadap PU Azman atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun lalu, dua tahun lalu.
Mahkamah turut memerintahkannya menjalani kaunseling di penjara, selain pengawasan polis selama dua tahun selepas tertuduh tamat hukuman. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes cabul
#PU Azman
#kes amang seksual
#hukuman penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan