awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
USANITA rintis fesyen sopan halal di Turkiye, sokong Tahun Melawat Malaysia 2026
Angka korban di Gaza melepasi 71,424 orang ekoran serangan Israel
PM ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sawah ditenggelami banjir, petani mohon bantuan benih padi

Bernama
Bernama
28/10/2019
10:20 MYT
Sawah ditenggelami banjir, petani mohon bantuan benih padi
Hujan menyebabkan air dari sistem perparitan tidak dapat mengalir keluar seterusnya bertakung di kawasan sawah. - Gambar hiasan
Para petani di Kampung Matang Merbau, dekat sini meminta kerajaan memberikan bantuan benih padi untuk ditanam semula, selepas sawah seluas 80 hektar yang baharu ditabur benih padi rosak, ditenggelami banjir.
Timbalan Ketua Unit Peladang kampung itu, Anuar Nusi berkata pihaknya telah mengemukakan permohonan kepada Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali untuk dibincangkan di peringkat Kementerian Pertanian dan Industri Tani.
"Ini kerana sawah yang ditenggelami banjir itu baru ditabur benih padi antara seminggu hingga dua minggu lalu. Hujan yang turun hampir setiap hari menyebabkan air dari sistem perparitan tidak dapat mengalir keluar seterusnya bertakung di kawasan sawah," katanya ketika dihubungi di sini, pada Isnin.
Katanya benih padi yang baharu bercambah akan terapung-apung kerana ditenggelami air.
Anuar berkata beliau sendiri mengalami kerugian apabila kira-kira 20 hektar sawah yang diusahakannya turut ditenggelami air sedalam 0.5 hingga 1 meter sejak seminggu lepas.
Beliau berkata walaupun Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menempatkan sebuah pam tetapi hujan yang turun dan air yang datang dari kawasan lain akan bertakung di kawasan sawah di kampung itu sehingga menyebabkan pam tidak dapat mengepam air dengan cepat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air
#banjir
#benih padi
#Padi
#petani
#sawah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan