KUALA LUMPUR: Kisah gadis berbangsa Melayu yang dijaga seperti anak sendiri oleh wanita warga emas berbangsa Cina sejak berusia dua bulan, berjaya mendapat perhatian Perdana Menteri.
Rohana Abdullah, 22 tahun menerima panggilan daripada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ingin menawarkan bantuan mendapatkan kerakyatan dan mengambil keterangan daripada ibu angkatnya, Chee Hoi Lan.
Ismail Sabri menerusi perkongsian video Instagram yang dimuat naik oleh pegawai medianya berkata, beliau akan menghubungi Pejabat Pendaftaran pada Isnin bagi menyelesaikan isu yang dihadapi Rohana.
PM: “Hari Isnin nantilah, saya akan hubungi Pejabat Pendaftaran, selepas itu kalau ada apa-apa nanti, pegawai saya akan hubungi awak.”
Rohana: “Harapnya Datuk Seri bolehlah tolong saya.”
PM: “Insya-Allah, ini yang saya telefon ini. Nak tolonglah ni.”
Rohana: “Minta tolong sangat-sangat.”
PM: “Saya pun baca dalam surat khabar juga, selepas itu saya minta pegawai saya carikan penyelesaiannya.”
Rohana: “Terima kasih sangat-sangat kerana menghubungi saya.”
PM: “Insya-Allah, nanti kalau ada apa-apa perkembangan, pegawai saya akan hubungi ya.”
Rohana: “Okay boleh, terima kasih.”
Kisah Rohana dan Hoi Lan sebelum ini tular di media sosial kerana walaupun berbeza agama, wanita berusia 83 tahun itu sanggup menjaganya seperti anak sendiri sejak berusia dua bulan lagi.
Malah, Hoi Lan juga yang telah menyara segala keperluan Rohana termasuk mengeluarkan wang belanja untuk menghantar Rohana ke Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) selain menyediakan makanan halal sepanjang tinggal bersamanya.
Warga emas itu berharap Rohana mendapat taraf kewarganegaraan dan mempunyai kad pengenalan bagi memudahkan masa depannya kelak.
Ia memberi pelbagai reaksi daripada banyak pihak yang mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan dan masalah yang timbul dapat diselesaikan.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon Batu, Gulam Muszaffar Ghulam Mustakim berkata, setakat ini pihaknya juga menerima maklum balas daripada agensi berkaitan berhubung isu ini.
"Insya-Allah kita doakan ada pengakhiran baik. Terima kasih kepada mereka yang bertanyakan isu ini," katanya.
Faris Danial Razi
Sun Jan 16 2022

Ismail Sabri menerusi perkongsian video Instagram yang dimuatnaik oleh pegawai medianya berkata, beliau akan menghubungi Pejabat Pendaftaran pada Isnin bagi menyelesaikan isu yang dihadapi Rohana. - Instagram @asyrafafnan

Petronas Gas catat keuntungan lebih rendah disebabkan cukai kemakmuran
Prestasi kewangan PGB pada suku pertama 2022 mencerminkan komitmennya terhadap kecemerlangan operasi serta pengurusan kos walaupun dengan keadaan pasaran yang tidak menentu.

Datakraf Solution lebarkan sayap ke Asia Tenggara, jalin kerjasama dengan AT&T Cybersecurity
Kerjasama itu melibatkan sistem keselamatan siber bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh rantau Asia Tenggara.

Mansuh AP bahan makanan satu solusi cetek - Berjasa
Lukman Al Hakim berkata keputusan itu hanya mampu menyelesaikan salah satu faktor kenaikan harga bahan makanan di Malaysia kerana dimonopoli kartel tertentu yang dilindungi kepentingannya.

AWANI Ringkas: SRIKANDI Bersatu sudah siap-sedia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Haji: TH keluarkan tawaran panggilan kedua
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19 | Tiga kematian baharu, 2,124 kes baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiga kematian baharu setakat tengah malam tadi. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,633 kes, daripada 4.48 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Harga tiket muzium di Melaka naik tak jejas usaha tarik pengunjung
Kenaikan sebanyak 60 hingga 100 peratus itu telah dikaji dan ia bertepatan dengan penambahbaikan yang akan dilaksanakan.

Pemansuhan AP bukan langkah tergesa-gesa - Shahril Sufian Hamdan
Ia membolehkan sesiapa sahaja dalam pasaran tempatan untuk mengakses sumber pasaran luar alternatif.

Produktiviti buruh meningkat 2.7 peratus pada suku pertama 2022 - Perangkaan
Mohd Uzir berkata dengan indikator penunjuk ekonomi yang lebih memberangsangkan, ekonomi serta pasaran buruh akan terus berkembang pada bulan-bulan ke hadapan.

Tiga warga Indonesia ditahan jaja jeruk di lampu isyarat
Mereka yang berusia 26 hingga 40 tahun ditahan menerusi Op Bersepadu Khas Penjaja Jalanan pada 12.15 tengah hari.

Mahkamah Rayuan putuskan wanita ditinggalkan di hospital sewaktu lahir berhak kerakyatan
Hakim berkata wanita tersebut berhak menjadi warganegara Malaysia mengikut undang-undang, berdasarkan kelahirannya dalam persekutuan Malaysia.

Tiada masalah beri sijil kerakyatan jika dokumen lengkap - Hamzah
Kerajaan tidak mempunyai sebarang masalah untuk memberi sijil kerakyatan jika pemohon mempunyai segala dokumen sah yang diperlukan.

Mahkamah Rayuan putuskan lelaki kelahiran Sabah rakyat Malaysia
Kes seorang pemuda yang dilahirkan di Sabah berbapakan rakyat Sarawak dan ibunya dipercayai berasal dari Indonesia.

"Saya akan hubungi Pejabat Pendaftaran Isnin ini," kata PM kepada Rohana
Ismail Sabri berkata, beliau akan menghubungi Pejabat Pendaftaran pada Isnin bagi menyelesaikan isu yang dihadapi Rohana.

Kes isu kerakyatan: Mahkamah Rayuan tetap 22 Dis dengar rayuan kerajaan tangguh keputusan
Mahkamah Rayuan akan mendengar permohonan kerajaan untuk menangguhkan perintah Mahkamah Tinggi berhubung isu kerakyatan anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia.

Mahkamah Persekutuan isytihar remaja tidak bernegara sebagai warga Malaysia
Mahkamah Persekutuan hari ini memberikan kerakyatan Malaysia kepada seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilahirkan di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 2004 oleh wanita yang tidak dikenali.

Mahkamah tolak permohonan kerajaan gantung keputusan isu kerakyatan anak lahir di luar negara
Mahkamah Tinggi menolak permohonan kerajaan Malaysia untuk menggantung keputusan berhubung hak kerakyatan bayi yang lahir di luar negara.

Isu kerakyatan anak sukarkan penceraian wanita Malaysia kahwini warga asing
Ramai wanita berasakan tiada pilihan selain kekal bersama suami walaupun didera, kerana tidak mahu hilang hak penjagaan anak.

Permohonan kerakyatan kanak-kanak 'tidak bernegara' lahir di Malaysia dibenarkan mahkamah
Kanak-kanak itu merupakan anak kandung kepada Ong Chin Hock, yang merupakan rakyat Malaysia manakala ibunya warganegara China.

Rayuan kerajaan berhubung kerakyatan lelaki kelahiran Sabah diketahui 10 Nov
Wong dilahirkan pada 2 Jan 1995 di Hospital Keningau, Sabah, dan telah menunggu 14 tahun untuk akhirnya diiktiraf sebagai rakyat Malaysia.