Masa depan UMNO dibimbangi terjejas, dengan banyak keputusan diambil tanpa mengira sentimen dan kehendak rakyat.
Menurut Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, jika sesuatu keputusan dibuat tanpa mengambil kira sentimen dan kehendak rakyat terbanyak, masa depan parti mungkin akan terjejas.
Beliau yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika mengulas peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah pada Rabu.
“Saya amat duka cita dengan peristiwa ini. Saya yakin rakyat tahu apakah sebab sebenar beliau disingkirkan. Di antara hak menyuarakan yang benar dengan tuntutan taat yang membuta tuli,” kata Muhyiddin dalam posting terbaharu di akaun Facebook beliau pada Rabu.
Kata Muhyiddin lagi, Mukhriz menerima tekanan berterusan daripada pihak yang mahu beliau berundur walaupun dalam masa sama menerima sokongan daripada majoriti rakyat Kedah.
“Oleh sebab tekanan politik yang luar biasa, maka hari ini beliau terpaksa melepaskan jawatan Menteri Besar.
“Saya percaya, ramai rakyat Kedah yang kecewa. Bahkan, rakyat Malaysia juga kecewa,” tulis Muhyiddin.
Beliau dalam pada itu percaya dugaan hebat menanti pengganti Menteri Besar Kedah untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada UMNO, namun menaruh keyakinan bahawa Mukhriz mampu menghadapi dugaan ini.
“Beliau seorang pemimpin yang berintegriti dan mempunyai karisma.
“Segala yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin ini satu permulaan kepada perjuangan yang lebih panjang,” tambah Muhyiddin.
Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada Rabu mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta-merta.
Mukhriz berkata beliau dimaklumkan telah hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah.
Tempat beliau diganti oleh Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Kedah dan Adun Bakar Bata untuk lima penggal sejak 1995.
BACA: Kronologi krisis Menteri Besar Kedah
INFOGRAFIK: Kronologi krisis Menteri Besar Kedah
Astro Awani
Thu Feb 04 2016
MUHYIDDIN: Saya amat dukacita dengan peristiwa ini. Di antara hak menyuarakan yang benar dengan tuntutan taat yang membuta tuli. -Gambar fail
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
'Saya amat dukacita dengan peristiwa ini' - Muhyiddin
Jika sesuatu keputusan dibuat tanpa mengambil kira sentimen dan kehendak rakyat terbanyak, masa depan parti mungkin akan terjejas.