'Saya arahkan larangan ke luar negara buat Najib, Rosmah' - PM Tun Mahathir

Astro Awani
Mei 12, 2018 08:04 MYT
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan beliau telah mengeluarkan arahan larangan keluar negara terhadap bekas perdana menteri, Najib Razak dan isteri. - Foto Astro AWANI

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan beliau telah mengeluarkan arahan larangan keluar negara terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Saya tidak boleh pergi ke airport. Saya suruh orang yang berkuasa untuk pergi,” kata Tun Mahathir dalam satu sidang media khas di sini hari ini.
Jabatan Imigresen Malaysia sebelum ini mengesahkan bahawa Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor disenarai hitam dari keluar negara menerusi status yang dikirim di akaun Twitter rasmi jabatan itu pagi ini.
Datuk Seri Najib Razak berkata beliau akur dengan keputusan Jabatan Imigresen Malaysia untuk melarangnya daripada meninggalkan negara.
BACA: Najib dan Rosmah tidak berlepas dari LTAAS, tiada arahan tahan - Polis
BACA: Dilarang ke luar negara, Najib akur

#Imigresen #Mahathir Mohamad #Malaysia #Najib Razak #Perdana Menteri #PM #Rosmah Mansor