KUALA LUMPUR: Biarpun berbeza ideologi dan parti parti politik, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau sentiasa mengiktiraf kedudukan ketua-ketua kerajaan negeri, biarpun mereka berstatus pembangkang di peringkat Persekutuan.
Sebagai contoh, jelasnya, beliau memastikan Menteri Besar (MB) Kedah, Datuk Seri Mohamad Sanusi Md Nor dan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli turut bersama-sama dengannya dalam pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin pada Isnin.
“Saya pergi ke Kedah berunding dengan Perdana Menteri Thailand di sempadan Sadao dan Bukit Kayu Hitam, memang tidak diundang Menteri Besar Perlis dan Kedah. (Tetapi) saya putuskan undang, PM Thailand tidak mengundang Menteri Besar untuk makan tengah hari di Sadao, saya bagi nota minta kepada Perdana Menteri (Thailand), oleh kerana dia (MB Kedah) ikut rombongan, minta disamakan dalam jawatankuasa itu kerana saya tahu had saya.
“Saya boleh berbeda pendapat daripada segi politik, tetapi saya iktiraf kedudukan, bahawa dia memang dipilih sebagai MB Perlis dan Kedah. Jadi ada hadnya, jangan hina lebih dari itu. Saya juga tahu had saya.
“Dan seperti berlaku semalam dalam rundingan dengan PM Thailand, jarang kita bawa pembangkang semasa Kota Bahru (Datuk Seri Takiyuddin Hassan) jadi menteri dalam mesyuarat dengan kerajaan luar, tidak pernah wakil pembangkang dibawa. Saya bawa wakil (pembangkang)," katanya lagi.
Perdana Menteri berkata demikian ketika menjelaskan dakwaan beliau sengaja meminggirkan pemimpin pembangkang, dalam sesi pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, pada Selasa.
Terdahulu Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendakwa, Perdana Menteri sengaja menahan peruntukan kepada Ahli-Ahli Parlimen pembangkang dan ia bercanggah dengan Dokumen Harapan yang menjanjikan peruntukan sama rata untuk semua wakil rakyat.
Menjawab dakwaan tersebut, Anwar berkata, beliau tidak pernah menyuruh mana-mana Ahli Parlimen Pembangkang untuk membodek beliau demi mendapatkan peruntukan.
"Ya betul Dokumen Harapan. Sebab itu saya akan patuh kepada keputusan itu, dipersetujui dan tidak dimasukkan. Setakat yang saya bincang dengan TPM Kedua (Datuk Seri Fadillah Yusof), tidak ada kata kata wajib sokong Perdana Menteri untuk dapatkan peruntukan.
“Ini bincang tidak, sombong bukan main. Saya sebagai Ketua Pembangkang, bila dipanggil, memang Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) tak mahu jumpa (saya), dia ada kelas lain, tapi Bera (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) dia jumpa dan kita bincang. Jadi saya tak ada masalah tak terasa terhakis pengaruh atau kedudukan," jelas Perdana Menteri lagi.
Firdaus Azil
Tue Nov 28 2023
Anwar Ibrahim (kanan) memastikan Menteri Besar Kedah, Mohamad Sanusi Md Nor dan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli turut bersama-sama dengannya dalam pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin pada Isnin.
Tiada letupan, gegaran kuat berlaku di Machang - Polis
Polis mengesahkan tiada sebarang aktiviti yang menggunakan bahan letupan atau kebakaran hingga kononnya berlaku letupan dan gegaran kuat di Kampung Kelaweh, Machang hari ini.
AWANI Review: Top Glove’s Lim Wee Chai: Leading Through Highs & Lows
From pandemic boom to staggering losses, Top Glove’s journey has been nothing short of a rollercoaster. Founder Tan Sri Lim Wee Chai opens up about what went wrong, the turnaround strategy for the world’s largest glovemaker, and leadership lessons from over 30 years of navigating its highs and lows.
Landasan LTSAH dijangka beroperasi semula Isnin ini
Landasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) yang ditutup sejak 29 Nov lepas berikutan daerah Kota Setar dilanda bencana banjir, dijangka dibuka dan beroperasi semula Isnin ini.
Presiden Yoon Suk Yeol 'terselamat', usul pecat ditolak
Usul memecat Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol selepas cubaannya untuk menguatkuasakan undang-undang tentera, ditolak pada Sabtu kerana tidak cukup kuorum, lapor agensi berita Yonhap.
LIG Nex1 Korea Selatan lancar pejabat di Malaysia, sasar kepimpinan pertahanan serantau
Syarikat pertahanan terkemuka Korea Selatan, LIG Nex1 secara rasmi melancarkan pejabat cawangannya di Malaysia pada Jumaat.
AWANI 7:45 [7/12/2024] – Bergantung beras India | Banjir oh banjir | Banjir enam negeri | Nasib mangsa banjir
PM akui negara berdepan bekalan beras.
Gelombang kedua bermula esok.
Lebih 10,000 penyakit bawaan banjir.
Lepas kemas rumah, tapi esok banjir lagi.
Gelombang kedua bermula esok.
Lebih 10,000 penyakit bawaan banjir.
Lepas kemas rumah, tapi esok banjir lagi.
Kerajaan Persekutuan fokus tingkat pelaksanaan projek pembangunan di Sabah tahun depan - Fadillah
Kerajaan Persekutuan akan memberi fokus kepada meningkatkan pelaksanaan projek pembangunan di Sabah tahun depan.
Vivy, suami percaya sistem keadilan, harap bersihkan nama
Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar memaklumkan mereka akan terus memberi kerjasama dalam siasatan pertuduhan pecah amanah yang disabitkan terhadap mereka.
Peningkatan pelaburan dalam sektor teknologi wajar dimanfaatkan syarikat tempatan - PM Anwar
Peningkatan pelaburan yang ketara terutamanya dalam sektor teknologi muktahir ini wajar dimanfaatkan syarikat tempatan agar rakyat terus mendapat peluang yang sewajarnya.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
Penang Silicon Design @5km+ bakal kukuh kedudukan Malaysia dalam landskap semikonduktor global
Inisiatif Penang Silicon Design @5km yang dilancarkan hari ini bakal mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi di negara ini.
Harga beras import dari India berjaya diturunkan hasil rundingan bersama - Anwar
Harga beras import dari India berjaya diturunkan sedikit hasil rundingan bersama kerajaan India, semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara berkenaan pada Ogos lepas.
Universiti perlu beri ruang kepada industri, teroka disiplin berteknologi baharu - Anwar
Anwar menggesa universiti awam khususnya di wilayah utara untuk memberi ruang yang secukupnya kepada pihak industri agar dapat bekerjasama dalam meneroka disiplin ilmu baharu.
Anwar dijadual rasmi Penang Silicon Design @5km+, rancak ekosistem industri reka bentuk IC
Anwar yang juga Menteri Kewangan akan turut melancarkan GBS TechSpace sebagai Pusat Penyelidikan dan Inkubasi Silikon.
Batu Puteh: PM anggap satu pengkhianatan, laporan RCI dibahas di Parlimen minggu depan - Fahmi
Dewan Rakyat akan membahas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dalam sidang yang berlangsung minggu depan.
'Hina' penjual air teh, pendakwah Indonesia Gus Miftah umum letak jawatan
Pendakwah Indonesia, Miftah Maulan Habiburrahman mengumumkan peletakan jawatan dari Jabatan Utusan Khusus Presiden Bidang Kerukunan Beragama dan Pembinaan Sarana Keagamaan.
Tindakan Anwar berang di luar karakter, PM sekali lagi mohon maaf - Fahmi
Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi memohon maaf kepada Jemaah Menteri susulan tindakannya melepaskan kemarahan dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara.
BNM masih berunding dengan pihak berkepentingan berhubung premium insurans perubatan - PM Anwar
Bank Negara Malaysia masih berunding dengan pihak berkepentingan berhubung cadangan kenaikan kadar premium insurans perubatan.
RCI Batu Puteh: Ini pengkhianatan besar terhadap negara - PM Anwar
Pendedahan RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan menunjukkan wujudnya pengkhianatan.
Siasatan terhadap Yusoff Rawther profesional ikut lunas perundangan - KDN
KDN mengesahkan siasatan terhadap Muhammed Yusoff Rawther dijalankan secara profesional oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengikut lunas perundangan.