KUALA LUMPUR: Seorang saksi penting dalam perbicaraan kes rasuah Lim Guan Eng mengakui di Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa antara sebab beliau membayar RM19 juta kepada orang tengah bernama G. Gnanaraja adalah kerana diugut akan didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) berhubung penglibatannya dalam projek terowong bawah laut Pulau Pinang yang kontroversi.
Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB), Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, 52, berkata, beliau menerima ugutan daripada Gnanaraja melalui mesej Whatsapp, yang mengandungi nama dan nombor pengenalan Zarul.
Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Lim, saksi pendakwaan ke-23 itu berkata. beliau membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung ugutan itu apabila ditahan oleh suruhanjaya itu selama 11 hari pada Januari 2018.
"Siasatan terhadap Gnanaraja bermula selepas saya dibebaskan daripada tahanan SPRM. Saya disoal oleh badan pencegah rasuah tentang laporan yang saya buat terhadapnya.
"Bagaimanapun, saya tidak ditunjukkan mesej Whatsapp yang dicetak daripada perbualan semasa siasatan. Mereka (SPRM) hanya menunjukkan kepada saya mesej (WhatsApp) terus daripada telefon Gnanaraja," katanya.
Zarul juga bersetuju dengan cadangan Gobind bahawa CZCSB akan terjejas jika prosiding AMLA terhadapnya diteruskan.
Terdahulu, Gobind dan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin bertelagah mengenai salinan kenyataan Gnanaraja yang direkodkan oleh SPRM semasa siasatan.
Gobind meminta pihak pendakwaan mengesahkan sama ada mesej WhatsApp antara Zarul dan Gnanaraja telah dikurangkan kepada satu kenyataan dan Wan Shaharuddin menjawab bahawa bukan beban pihak pendakwaan untuk membantu pihak pembelaan dalam perkara tersebut.
Peguam itu seterusnya berkata, pihak pendakwaan juga masih belum menjawab permohonan mereka untuk mendapatkan salinan mesej WhatsApp Gnanaraja yang mereka mohon minggu lepas.
Wan Shaharuddin menjawab beliau masih berusaha mendapatkannya daripada pegawai penyiasat lain dan akan mengesahkannya esok.
Lim, 61, didakwa menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702.
Lim dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.
Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga didakwa meminta 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu daripada Zarul Ahmad, sebagai penghargaan mendapatkan projek tersebut.
Perbuatan itu didakwa dilakukan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini pada Mac 2011.
Lim, juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.
Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung esok. - BERNAMA
Bernama
Mon Aug 08 2022
Saksi penting dalam perbicaraan kes rasuah Lim Guan Eng, Zarul Ahmad Mohd Zulkifli berkata, sebab beliau membayar RM19 juta kepada orang tengah adalah kerana diugut akan didakwa mengikut AMLA.
Kenaikan gaji penghargaan kepada 1.6 juta penjawat awam - CUEPACS
Pengumuman kerajaan berhubung kenaikan gaji lebih 13 peratus bermula Disember ini satu penghargaan kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam negara yang meletakkan negara di landasan kukuh, kata Kongres
Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 2 Mei hingga 8 Mei
Harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
Pantau Agenda Reformasi: Pantau kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Pascasiswazah UMK
Perincian kenaikan ketika pembentangan Belanjawan 2022
Menteri Komunikasi itu berkata kenaikan itu hanya boleh berlaku susulan pengurusan dan tatakelola yang lebih baik diamalkan Kerajaan Perpaduan, terutamanya dalam usaha melawan rasuah.
19 maut lebuh raya runtuh di Guangdong, China
Kejadian berlaku kira-kira 2.10 pagi di sebahagian Lebuhraya Meizhou-Dabu di Meizhou.
PM arah segera tubuh Suruhanjaya Pekerja GIG
Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memaklumkan pendapatan minimum penjawat awam meliputi gaji dan elaun mesti melebihi RM2,000 sebulan bermula tahun ini.
Kenaikan beri impak kepada perspektif ekonomi negara
Dr Yusof Saari berkata kenaikan gaji penjawat awam bakal memberi impak positif kepada pemulihan ekonomi.
Kementerian Pengangkutan pantau perkembangan ruang udara
Kementerian Pengangkutan (MoT) memantau rapi perkembangan terkini situasi Gunung Ruang, Indonesia yang dilaporkan meletus sebanyak tiga kali semalam dan mengakibatkan abu merebak ke negara ini.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata setakat ini letusan gunung berapi berkenaan telah menjejaskan sedikit ruang udara di Tawau, Sabah sehingga menyebabkan beberapa penerbangan ke daerah itu terpaksa dilencongkan ke Kota Kinabalu semalam.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata setakat ini letusan gunung berapi berkenaan telah menjejaskan sedikit ruang udara di Tawau, Sabah sehingga menyebabkan beberapa penerbangan ke daerah itu terpaksa dilencongkan ke Kota Kinabalu semalam.
Kebakaran sampah jejas kesihatan penduduk
Kebakaran kawasan pelupusan sampah di Kampung Sungai Ikan,Kuala Nerus sejak enam hari lalu menimbul kesulitan dan keresahan penduduk dikawasan berhampiran.
Penduduk mendakwa kebakaran itu mengakibatkan kawasan berkenaan diselubungi asap tebal hingga mengganggu rutin harian dan bimbang dengan tahap kesihatan mereka.
Penduduk mendakwa kebakaran itu mengakibatkan kawasan berkenaan diselubungi asap tebal hingga mengganggu rutin harian dan bimbang dengan tahap kesihatan mereka.
Dua pekerja pengsan dan dua lagi muntah
Dua pekerja lelaki pengsan, manakala dua lagi mengalami muntah dan loya selepas dipercayai terhidu gas phenol selepas kobocoran dari sebuah kilang di kawasan Lunas, Kulim.
Komander Operasi Kanan Pasukan Hazmat JBPM Kedah, Hamizul Azwan Hamdan berkata, bilik gerakan operasi bomba menerima panggilan berlaku kebocoran di sebuah kilang yang menggunakan bahan kimia pada jam 9.53 pagi.
Komander Operasi Kanan Pasukan Hazmat JBPM Kedah, Hamizul Azwan Hamdan berkata, bilik gerakan operasi bomba menerima panggilan berlaku kebocoran di sebuah kilang yang menggunakan bahan kimia pada jam 9.53 pagi.
"Saya bayar RM19 juta kepada orang tengah kerana diugut" - Pengarah syarikat
Zarul Ahmad berkata, dia diugut akan didakwa mengikut AMLA kerana terlibat dalam projek terowong bawah laut Pulau Pinang.