Skip to main content

Malaysia

'Saya beranikan diri tutup kepalanya yang putus'

SINAR HARIAN
Norharizan Hassan (kanan) saksi kejadian kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang remaja yang putus kepala di Jalan Losong Feri, di sini pada Selasa. - Foto Sinar Harian

KUALA TERENGGANU: "Waktu kejadian saya dah tak fikir apa lagi, saya anggap mendiang seperti anak sendiri, sebab itu saya beranikan diri untuk tutup kepalanya yang terputus.

Demikian luah Norharizan Hassan, 48, saksi kejadian kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang remaja di Jalan Losong Feri, di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.36 petang itu, mangsa, Wah Han Keong, 18, yang merupakan penumpang hadapan sebuah van disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, manakala dua individu lain dilaporkan cedera.

Menceritakan detik cemas tersebut, Norharizan yang juga peniaga di kawasan berkenaan mengakui cuba menenangkan bapa mangsa yang berada dalam keadaan terkejut tempat kejadian.

"Waktu berbual bersama keluarga, bapa mendiang ada cerita anak dia yang meninggal anak sulung daripada dua beradik dan ada seorang adik perempuan.

"Sementara tunggu sambung belajar, mendiang bekerja sambilan untuk membantu keluarga," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di rumah pengurusan pengebumian di sini pada Rabu.

Image
Norharizan Hassan (kanan) saksi kejadian kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang remaja yang putus kepala di Jalan Losong Feri, di sini pada Selasa._Sinar Harian
Norharizan (tiga dari kanan) bersama ibu dan bapa mendiang Wah Han Keong di rumah upacara pengebumian di Jalan Syed Zain, Kuala Terengganu pada Rabu. - Foto Sinar Harian

Menurut Norharizan, dia terkilan apabila mengenangkan luahan bapa mangsa yang kehilangan anak lelaki tunggalnya dalam sekelip mata.

"Ayah mendiang kata, dia hanya ada seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan, tetapi anak lelakinya pula jadi begini dalam nada yang cukup sedih. Saya terdiam dan hanya mampu memandang wajah dia.

"Walaupun diuji dengan dugaan sebegitu hebat, dia masih kelihatan tenang dan mampu mengawal emosi," katanya.

Image
Norharizan Hassan (kanan) saksi kejadian kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang remaja yang putus kepala di Jalan Losong Feri, di sini pada Selasa._Sinar Harian
Dalam kejadian kira-kira jam 3.36 petang itu, mangsa yang merupakan penumpang hadapan sebuah van disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. - foto sinar Harian

Rentetan insiden itu, Norharizan berkata, pengguna jalan raya yang melalui kawasan Losong perlu memperlahankan kenderaan masing-masing memandangkan terdapat Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Losong di laluan berkenaan.

"Sesetengah pihak memandu dengan laju tanpa memikirkan keselamatan murid-murid sekolah.

"Kita semua ada keluarga. Ambillah iktibar daripada kejadian hari ini dan juga insiden yang berlaku dekat lampu isyarat JPJ tempoh hari. Tidak salah untuk kita saling beringat supaya lebih berhati-hati," katanya.

Image
Norharizan Hassan (kanan) saksi kejadian kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang remaja yang putus kepala di Jalan Losong Feri, di sini pada Selasa._Sinar Harian
Dalam kejadian Selasa lalu, mendiang Han Keong bersama bapanya, Wah Tee Tun, 46 dalam perjalanan dari rumah di Manir, Kuala Terengganu menuju ke pusat bandar sebelum ditimpa insiden tragis itu. - Foto Sinar Harian

Dalam pada itu, Norharizan turut meminta orang ramai agar memadamkan mana-mana video tular yang memaparkan keadaan ngeri mangsa demi menjaga sensitiviti serta menghormati maruah keluarga mendiang.

Dalam kejadian Selasa lalu, mendiang Han Keong bersama bapanya, Wah Tee Tun, 46 dalam perjalanan dari rumah di Manir, Kuala Terengganu menuju ke pusat bandar sebelum ditimpa insiden tragis itu. -- Sinar Harian
 

Must Watch Video

Advertisement